Lagu Irama Malaysia Tidak Sepatutnya Ikut Musim- Pengarah JKKN

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli.
Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli.

MENGIMBAS sejarah bermulanya Irama Malaysia pada tahun 80-an, para komposer mula menggiatkan penyusunan semula Irama Malaysia dengan susunan muzik yang lebih segar dan kontemporari sifatnya serta penciptaan lagu-lagu bercirikan Irama Malaysia melalui stesen radio dan TV.

Beberapa orang artis yang telah dilahirkan untuk menaikkan lagu-lagu Irama Malaysia antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Siti Nordiana, Syazliana dan Aishah.

Walaubagaimanapun, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) merasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab bagi memperbanyakkan koleksi serta khazanah seni budaya tanahair dalam penghasilan lagu-lagu berirama Malaysia meskipun telah menjadi trend (budaya) kepada masyarakat yang meminati irama sebegini mengikut musim.

Sudah menjadi tanggungjawab JKKN untuk bekerjasama dengan Radio Penyiar rasmi bagi pertandingan penciptaan lagu-lagu Irama Malaysia ini iaitu Klasik Nasional dengan harapan untuk membantu menyebarluaskan mesej ini serta membantu JKKN dalam usaha mempopularkan irama sebegini agar terus diminati sepanjang zaman dan tidak terhad mengikut musim.

Justeru, JKKN menganjurkan pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia, program Pencungkilan Bakat yang julung kali diadakan dengan kerjasama sepenuhnya oleh RTM.

Menurut Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli, lagu Irama Malaysia diminati mengikut musim berlaku apabila lagu-lagu itu hanya dinyanyikan oleh penyanyi tertentu seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

“Sekarang, industri muzik kita kekurangan komposer yang mahir keluarkan lagu Irama Malaysia yang diminati ramai seperti Pak Ngah.

“Misalnya bila Pak Ngah buat lagu untuk Noraniza Idris dan Datuk Siti Nurhaliza, ramai yang orang suka. Tetapi apabila dia sudah tidak buat lagi, irama itu seolah-olah mati.

“Jadi, kalau boleh kita nak cari komposer yang boleh mencipta lagu yang diminati sepanjang masa,” kata beliau kepada mStar Online.

Tambahnya, perkembangan lagu R&B dan hip hop yang tumbuh melata dalam industri sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menenggelamkan muzik Irama Malaysia.

“Lagu Irama Malaysia merupakan lagu orang Malaysia. Jika kita tidak memperjuangkan lagu-lagu ini, siapa lagi yang akan buat. Bagi saya, lagu Irama Malaysia sudah sama taraf dengan lagu yang kita import.

“Dalam pertandingan ini, kita mementingkan keaslian muzik tradisi dan digalakkan memasukkan elemen keroncong, dondang sayang, dikir barat, inang, joget atau zapin serta kombinasi unsur etnik seperti memasukkan muzik erhu dan sita,” beritahunya.

Tempoh lagu yang perlu dihasilkan adalah tidak lebih daripada empat minit.

Setiap penyertaan akan melalui proses penghakiman di peringkat saringan dimana tiga puluh (30) penyertaan yang terbaik akan disiarkan melalui siaran radio Klasik Nasional untuk diundi oleh pendengar sebanyak 10 peratus markah dan 90 peratus markah lagi melalui panel juri yang dilantik oleh Urus Setia Cipta Lagu Irama Malaysia 2010.

Peringkat saringan hanya sepuluh lagu sahaja akan disiarkan setiap minggu bermula 5 Jun sehingga 26 Jun ini. Lagu yang akan disiarkan mengambil masa selama dua minit untuk setiap lagu bagi tujuan undian pendengar.

Seramai lapan orang komposer yang mendapat undian paling tinggi akan dipilih ke peringkat akhir dan markah penjurian akan dibuat oleh penonton sebanyak 20 peratus dan juri profesional sebanyak 80 peratus bertempat di Live Centre pada 24 Julai ini.

Penghakiman adalah berdasarkan kualiti lagu dan lirik sahaja. Panel hakim berhak untuk membuat penilaian berdasarkan kepada beberapa skor ( lirik lagu, susunan muzik dan senikata lagu).

Juri diperingkat saringan akan dipilih oleh Jawatankuasa penganjur seramai 3 orang (90 peratus) dan pendengar Klasik Nasional (10 peratus).

Sementara juri peringkat saringan atau kebangsaan terdiri daripada lima orang panel yang akan dipilih oleh pihak RTM (80 peratus) dan penonton (Fakulti Muzik ASWARA, UiTM dan lain – lain seramai lima orang (20 peratus) .

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada amatur atau profesional yang berumur 15 tahun ke atas kecuali warga kerja dan keluarga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaaan Malaysia ( KPKK ).

Johan akan menerima hadiah berupa wang tunai RM 10,000, Naib Johan (RM 8,000), Ketiga (RM 6,000) manakala lima pemenang saguhati (RM 1,000 setiap seorang)

Program ini bermula pada 15 April lalu dan berakhir pada 31 Mei ini.

Borang Penyertaan Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia ini boleh dimuat turun secara ‘online’ dari laman web www.jkkn.gov.my atau menghubungi Urus Setia di talian 03 – 20523600 Samb. 3747 / 3702 (Ezlina)

Sejak tercetusnya kebangkitan Irama Malaysia pada tahun 1980-an, pengaruhnya telah meluas dari segi kelahiran penyanyi baru dan sejak tahun 2000 hingga hari ini pengaruhnya telah mula pudar di samping kurangnya inisiatif untuk melahirkan album Irama Malaysia kepada penyanyi-penyanyi baru.

Bermula tahun 2005 lagi, program pencungkilan bakat telah mula diperkenalkan seperti Pertandingan Bakat Muzik Muda Malaysia, Pertandingan Bintang Asli Remaja, Pertandingan Muzik Asli, Pertandingan Cipta Lagu Asli, Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat dan Pertandingan Idola P. Ramlee dan Saloma. Manakala Pertandingan Bintang Irama Malaysia pula baru sahaja selesai kita adakan pada 24 Januari lalu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan