Den Wahab Siap Sedia Untuk 'Teratak Minang 2'

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEATER Teratak Minang The Musical (TMTM) baru sahaja melabuhkan tirainya di Istana Budaya kelmarin.

Dengan mempamerkan persembahan lakonan pentas dan muzik yang memukau, maka tidak hairanlah jika teater itu akan dipentaskan buat kali kedua.

Menurut penerbit Global Network Entertainment, Den Wahab, kemungkinan besar teater yang menonjolkan adat istiadat yang masih diamalkan masyarakat keturunan Minang itu akan dipentaskan sekali lagi di sini dan di Padang, Indonesia.

“Semalam (kelmarin), Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta saya untuk bersiap sedia untuk membuat TMTM 2.

“Jadi, mungkin kita akan pentaskan lagi selepas ini dengan menggunakan set-set yang sedia ada selain menambah set yang baru.

“Kita akan berbincang dahulu tentang projek ini dan ada ura-ura nak bawa TMTM ke Padang tetapi setakat ini masih dalam perbincangan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Ramai penonton yang berpuas hati dengan teater arahan Lokman Ghani itu termasuk Gabenor Sumatera Barat, Marlis Rahman.

Khabarnya, Marlis amat menyukai dan gembira dengan TMTM sehingga beberapa kali mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan teater itu.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan ketiga-tiga malam itu penuh dengan penonton. Saya memang tak sangka dengan sambutan seperti ini. Ada yang sanggup datang dari jauh seperti Singapura dan Johor.

“Ada juga yang datang menonton tiga malam berturut-turut. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertanya-tanya kenapa teater ini hanya dipentaskan selama tiga hari.

“Dengan respons yang diterima, mungkin kita akan pentaskan pada masa akan datang. Lagipun, niat kami kali ini adalah untuk menyalurkan dana kepada mangsa gempa bumi di Padang,” ujarnya lagi dalam nada teruja.

Kata Den, mereka akan mengumpulkan 10 peratus daripada jualan tiket (setelah ditolak kos produksi) untuk disalurkan kepada tabung gempa bumi Padang. Pada asalnya, mereka mensasarkan untuk menderma sebanyak 70 juta rupiah.

TMTM dijayakan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Elly Kassim, serta Eddy Silitonga, Leez Rosli, Razali Hussein, Ebby Yus, Razali Buyong, Ally Noor dan Mastura.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan