Cara Tradisional Fouziah Gous

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto oleh RAYMOND OOI
Foto oleh RAYMOND OOI

LUMRAH wanita, kecantikan adalah subjek yang tidak boleh direnggangkan dengan mereka. Malah, kaum Hawa juga tidak mudah berkompromi apabila melibatkan soal kecantikan. Sementelah bagi golongan selebriti, menjaga kecantikan adalah rutin wajib yang menjadi keutamaan.

Berbicara tentang kecantikan, aktres dan model Fouziah Gous turut tidak terkecuali daripada perkara itu. Sebagai figura yang sering menjadi perhatian umum, bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini juga menitikberatkan aspek kecantikan dan kesihatan.

Namun, akuinya tidaklah sampai ke tahap mengikat perut atau mengongkong selera makannya. Meskipun penting bagi selebriti sepertinya untuk menjaga bentuk badan agar kekal langsing, dia tidak menyekat seleranya dan tetap memakan apa sahaja makanan yang diingininya, tapi dalam sukatan yang terkawal.

“Saya suka makan dan saya tidak pernah halang atau ikat selera makan. Pada saya, kita kena tahu hormon badan kita sendiri, dengan pengetahuan itu kita akan dapat mengawal tabiat pemakanan dan jumlah pengambilan yang bersesuaian dengan tubuh kita.

"Macam saya, saya tahu mengawal jumlah makanan yang saya ambil. Saya tetap akan makan nasi pada tengah malam jika saya lapar atau teringin, cuma ia diambil dalam sukatan yang terkawal dan bukan mengikut nafus semata-mata,” katanya.

Untuk minuman, aktres filem Sifu & Tongga ini senang mengamalkan minuman campuran jus lobak merah dan buah oren sebagai minuman hariannya. Selain itu, dia juga gemarkan jus daun saderi (celery) yang dikisarnya sendiri.

Fouziah juga kurang mengambil minuman manis secara kerap. Namun, dia tidak pernah menolak pengambilan minuman berkafeine mahupun bergas. Cuma, ia hanya akan diambil dalam kuantiti yang kecil dan secara berkala.

“Walaupun jus lobak merah, oren dan daun saderi adalah minuman rutin saya tapi itu tidak bermakna saya tidak ambil langsung minuman yang manis seperti air tin ataupun minuman berkafein. Cuma kena selalu beringatlah tiap kali hendak minum. Saya hanya akan ambil sekali-sekala saja atau jika tiada pilihan lain,” ujarnya yang memiliki berat badan antara 49 hingga 51 kg.

Bagi mengekalkan keseimbangan tahap kesihatannya, Fouziah aktif ke gimnasium dan spa pada waktu senggang. Jika kelapangan daripada penggambaran, rutin hariannya adalah gimmnasium dan spa.

“Saya sanggup ke gimnasium setiap hari jika ada waktu lapang. Saya akan bersenam tapi bukan secara keterlaluan, sekadar untuk mengeluarkan peluh dan mengekalkan bentuk badan. Malah, saya juga suka ke spa untuk refleksologi dan berurut,” katanya yang lebih gemar menghabiskan masa di dua lokasi ini berbanding keluar bersosial.

Menurut wanita berwajah bujur sireh ini lagi, menjaga kecantikan sudah ditanamkan dalam dirinya sejak kecil. Namun, sedikit berbeza bagi aktres ini, Fouziah yang berusia 27 tahun tidak mudah ‘terbuai dek pesona’ produk-produk kecantikan moden dan berjenama antarabangsa. Sebaliknya, dia lebih percaya pada ramuan dan kaedah tradisional dalam memelihara dan mengekalkan kecantikan diri.

Fouziah yang mengakui memiliki kulit yang sensitif dan kering begitu menekankan aspek penjagaan kulit wajah.

“Kulit saya begitu sensitif dan mudah naik jerawat. Jadi, saya sangat mementingkan penjagaan kulit sejak dulu lagi. Saya tidak boleh mengenakan mekap yang terlalu tebal dan terlalu lama, jika lambat cuci pasti akan naik jerawat. Sebab itu saya lebih senang dengan solekan yang nipis sahaja.

“Saya memang menitikberatkan produk kecantikan yang saya gunakan. Jujurnya, saya lebih senang menggunakan produk yang berasaskan ramuan tradisional sebab ia semula jadi, kurang kandungan bahan kimia dan bersesuaian dengan jenis kulit saya,” jelasnya.

Dek kecantikan semula jadi yang terserlah itu, anak bongsu daripada lima beradik ini dilamar sebagai duta kepada sebuah produk kecantikan, Alaisyah oleh Tohtonku. Produk penjagaan kulit yang mensasarkan pasaran Melayu menitikberatkan penjagaan wajah dan kecantikan secara halal, suci dan semula jadi.

“Apabila Alaisyah melamar saya menggunakan produk itu, memang kebetulan ia sesuai dengan jenis kulit saya. Ramuan tradisional yang terkandung dalam set penjagaan kulitnya sesuai dengan kulit saya,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihannya sebagai duta Alaisyah sejak dua tahun, Fouziah percaya imej dan penampilannya yang bersih daripada kontroversi serta sedap mata memandang menjadi tarikan kepada Alaisyah.

Set penjagaan kulit Alaisyah yang mengandungi enam ramuan tradisional termasuk buah delima, gamat, temulawak, bengkuang, protin mutiara dan susu kambing dilengkapi pencuci muka, penyegar, pelembap, krim siang dan malam, syampu, minyak rambut dan bedak. Set Alaisyah yang kini berada di pasaran ditawarkan pada harga mampu.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan