Beyonce Pamer Tubuh Seksi Dalam Klip Video Lagu

Diterbitkan: Selasa, 4 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Christina Aguilera, seorang lagi penyanyi, Beyonce yang menonjolkan keseksian tubuhnya dalam klip video terbarunya, Why Don't You Love me.

Dalam klip video itu, Beyonce bergaya bak Daisy Duke dalam filem Dukes of Hazzard. Dia memakai kemeja yang diikatkan ke tubuhnya sehingga ternampak perutnya. Kemeja yang menunjukkan belahan dadanya itu dipadankan dengan hotpants.

Menurut Daily Mail semalam, dalam video klip tersebut Beyonce berlakon sebagai B.B Homemaker. Dia dilihat membaiki sebuah kereta yang rosak.

Penampilan Beyonce semakin seksi, dengan sarung kaki berwarna hitam yang dipakainya. Bibirnya dioles dengan lipstik berwarna merah menyala yang senada dengan kain di kepalanya.

Lagu Why Don't You Love Me? merupakan track tambahan dari album Beyonce, I Am...Sasha Fierce. Lagu tersebut ditulis sendiri olehnya dan adiknya Solange.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan