Leona Lewis Tidak Akan Pakai Bikini Ambil Gambar

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leona Lewis hadir ke majlis pembukaan Matt Goss Live from Caesars Palace pada 12 Mac 2010 di Las Vegas, Nevada. - Foto AFP
Leona Lewis hadir ke majlis pembukaan Matt Goss Live from Caesars Palace pada 12 Mac 2010 di Las Vegas, Nevada. - Foto AFP

PENYANYI Leona Lewis bersumpah dia tidak akan sesekali menanggalkan pakaian untuk mengambil gambar seksi.

"Saya tidak akan memakai bikini dan mengambil gambar. Ia sungguh memalukan. Jangan berikan saya buku seks," media memetik dia sebagai berkata.

Walaupun enggan berbogel di khalayak ramai, Leona pernah mengakui berenang dengan keadaan bogel adalah "bebas".

"Saya bersama kawan-kawan wanita di Portugal dan kami berenang. Salah seorang kawan saya mengalami saat yang sukar dengan teman lelakinya. Jadi kami terfikir membuat sesuatu yang gila. Ia 'membebaskan'," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan