AF8: Norman Terkilan Shahir Tersingkir

Diterbitkan: Isnin, 3 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Selamat tinggal" - Shahir. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Perjuangan peserta Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dalam Akademi Fantasia 8 (AF8) berakhir pada minggu ketujuh, malam tadi.

Dia mendapat undian terendah khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 13.89 peratus. Ini diikuti oleh Farina (13.90), Maulana (13.94), Ain (14.07), Iwan (14.36), Daus (14.39) dan Adira 15.46.

Pengetua AF8, Norman KRU berasa kecewa dan terkilan dengan penyingkiran Shahir.

"Perbezaan peratusan undian SMS cuma 0.01 peratus. Secara peribadi mahupun fakulti juga, Shahir sekurang-kurangnya layak sehingga ke peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar sejurus Debaran AF8 minggu ketujuh berakhir.

Mengenai kelebihan Shahir, Norman berkata, peserta dari Ipoh itu mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang penyanyi.

"Seperti banyak kali Adlin (Aman Ramlie) cakap, dia ada suara jantan. Memang jarang suara lelaki adalah jelas, kuat dan lantang.

"Pada masa yang sama, Shahir ada rupa, handsome. Dia adalah pelajar yang paling kacak dalam AF8 ini. Dia juga mempunyai sifat dan keperibadian yang jarang diperolehi oleh generasi muda sekarang.

"Budi bahasa dan perwatakannya mudah diterima oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya," katanya.

Sambil berseloroh, Norman memberitahu, dia ingin menjadikan Shahir sebagai menantunya sekiranya dia mempunyai anak perempuan.

Redha dengan keputusan penonton AF8, katanya, pihaknya akan mengeluarkan single pertama Shahir iaitu Kebahagian Dalam Perpisahan.

Lagu tersebut dicipta oleh Edrie Hashim dan disesuaikan dengan genre muzik Shahir iaitu pop Melayu yang berelemenkan rock.

Tambahnya, klip video lagu itu turut dirakam dan akan keluarkannya tidak lama lagi.

"Saya berharap dengan adanya klip video dan lagu ini dapat memberikan peluang kedua kepada Shahir dalam industri hiburan kita," jelasnya.

Sementara itu, Shahir bersyukur dia berpeluang mendapat bantuan serta tunjuk ajar barisan pengajar sepanjang terlibat dalam AF8.

Dia tidak menganggap keputusan penyingkiran itu sebagai kegagalan atau penghujung bagi kariernya.

"Mungkin apa yang tertulis hari ini adalah rezeki saya... Apa yang penting ialah usaha peserta AF8 tidak disia-siakan. Setidak-tidaknya saya telah merakamkan single terbaru dan klip video," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan