Konsert Ungu Hanya Tarik 2,000 Penonton

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Konsert Ungu hanya mampu menarik kira-kira 2,000 penonton.
Konsert Ungu hanya mampu menarik kira-kira 2,000 penonton.

MUNGKIN bersaing dengan gergasi rock tanah air iaitu Search dan Wing melalui Konsert Double Trouble, Konsert Mega Ungu Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam hanya mampu menarik kira-kira 2,000 penonton.

Biarpun tenggelam dengan penganjuran bebarapa konsert, Ungu yang mendendangkan 18 buah lagu tetap memberi persembahan yang hebat dan mendapat reaksi yang baik dari peminat-peminatnya yang hadir.

Konsert yang dianjurkan oleh Celeces Production ini adalah berikutan kejayaan konsert terdahulu dan populariti Ungu di negara ini. Ungu sebelum ini pernah menjayakan dua buah konsert iaitu di Planet Hollywood dan KL Live pada 2006 dan 2008.

Tepat pukul 9,00 malam, Ungu yang dibarisi Pasha selaku vokalis, Enda, Oncy, Makki dan Rowman memulakan persembahan mereka. Mereka turut berada di Malaysia sempena mempromosikan album terbaru kumpulan itu, Penguasa Hati yang memuatkan 12 buah lagu.

Album yang menerima Anugerah Platinum Berkembar kerana terjual melebihi 300,000 unit di Indonesia itu telah memasuki pasaran Malaysia pada Jun lalu di bawah edaran SRC.

Dalam pada itu, turut berangkat menyaksikan konsert itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antara konsert yang bersaing pada malam ini ialah Double Trouble di Bukit Kiara Equestrian Country Resort, Tokio Hotel di Central Park Avenue di One Utama, Bandar Utama dan konsert minggu ketujuh Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan