Drama Terbaik Bulan Mei Di TV3

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMASUKI pertengahan tahun 2010, drama-drama hebat tayangan TV3 menjadi kekuatan utama dalam menarik minat penonton televisyen. Drama yang ditayangkan mempunyai genre, plot dan jalan cerita yang berlainan, justeru ianya sesuai untuk tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, setiap slot drama di TV3 cukup berlainan kerana ianya dikategorikan supaya memberi kemudahan kepada penonton pilihan genre-genre terbaik.

"Dari genre aksi ke percintaan, seram hingga ke lagenda pastinya akan menepati citarasa penonton. Kami berharap drama-drama ini dapat memberi kepuasan kepada penonton dalam meneruskan legasi drama terhebat di TV3,” ujarnya.

Nurul menambah, pihaknya juga mementingkan kandungan program yang sarat dengan mesej-mesej positif agar menjadi teladan kepada masyarakat.

Berikut drama-drama yang ditayangkan:

Slot Lagenda – SAYANG CENDANA

Mengisahkan percintaan antara manusia dan puteri dari alam fantasi.

Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa.

Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta. Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana (Juliana Evans) dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya.

Cendana terpisah dengan dayangnya Donna dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis tersebut dibeli oleh Amelia. Dia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas setor. Sayang Cendana bersiaran 3 Mei 2010, setiap hari Isnin – Khamis 4.30 petang.

Slot Samarinda – NOKTAH ERNA

Mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanahair setelah tamat belajar. Bersama beliau ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri.

Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah.

Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin.

Suatu hari, Erna pulang ke kampung dan berjumpa dengan Kamal iaitu anak angkat kepada datuknya.

Bagaimana kisah cinta ini berkesudahan?

Lakonan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani Noktah Erna akan mula disiarkan pada 5 Mei 2010, Selasa-Khamis 10.30 malam.

Slot Senda Pagi - DA’BOMBA

Sebuah drama yang memaparkan kisah ahli bomba dan para isteri yang penuh dengan suka dan duka dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

Hubungan kekeluargaan dan kejiranan sesama mereka yang setiap hari diwarnai dengan pelbagai ragam serta karenah para isteri yang pastinya akan mengundang gelak dan tawa.

Saksikan keberaniaan ahli-ahli bomba yang menyelamatkan orang awam yang di dalam kesusahan dan kehidupan seharian para isteri dalam Da'Bomba.

Da’Bomba akan mula disiarkan 6 Mei 2010 setiap hari Khamis jam 11.00 pagi.

Slot Akasia – SYAH JIHAN

Mengisahkan seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya.

Namun dilema melanda apabila dua wanita muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyamarannya.

Dapatkah beliau memberkas Tuan Haris yang jahat? Lakonan Fauziah Ghous, Kamal Adli, Rizman Khuzaimi, Fiza Elite, Kartina Ayob Syah Jihan akan mula disiarkan pada 17 Mei 2010 setiap Isnin hingga Khamis.

Slot Seram – ROH KEMBALI

Sebuah drama bersiri terbitan JS Pictures dengan pengarah berkaliber Jinggo kembali menggegarkan slot seram di TV3 dengan sebuah drama yang pastinya menggamit perasaan penonton.

Roh Kembali mengisahkan sebuah rahsia yang tidak terungkap. Zaidi hidup mewah dengan menjalankan perniagaan sendiri.

Isterinya, Zahirah tidak bekerja kerana Zaidi mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anaknya, Ehsan bijak dan rajin belajar. Mereka mesra, berbudi bahasa dan disukai jiran tetangga.

Namun, Zaidi tidak pernah tenang. Dia dihantui oleh ‘roh’ orang yang telah mati. Tiada siapa tahu termasuk isterinya bahawa dia terjebak dalam satu sindiket jenayah terancang yang dinaungi Taukeh Boon.

‘Roh’ berkenaan adalah roh perempuan Cina, Lillian Chan yang dibunuh atas arahan Taukeh Boon. Lakonan mantap oleh Fizz Fairuz, Rozie rashid, Zamarul Hisyam, Sheila Rusly, Lisdawati, Razak Ahmad Roh Kembali akan bersiaran pada 20 Mei 2010 setiap Khamis 9.30 malam.

Slot Aksi – ARJUNA

Drama bersiri terbitan KRU Studios ini mengenai alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah.

Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.

Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan