Katrina Kaif Bolot Gelaran Artis Bollywood Terseksi

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GELARAN artis paling seksi Bollywood kini disandang oleh Katrina Kaif. Bintang De Dana Dan itu mengalahkan aktres jelita Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra. Bersama Salman Khan, Katrina juga terpilih sebagai pasangan paling mengghairahkan.

Menurut Apun Ka Choice semalam, hasil undian MSN India menunjukkan daripada 38.648 pembaca MSN India, 33 peratus responden memilih wanita kelahiran Hong Kong itu.

Nombor dua terseksi jatuh kepada Bipasha dengan 13 peratus responden. Sementara Aishwarya Rai hanya mendapat 10 peratus manakala Priyanka Chopra dengan sembilan peratus.

Selain memilih artis paling seksi, MSN India juga memilih pasangan paling seksi Bollywood. Sekali lagi Katrina yang berpasangan dengan Salman Khan menjadi juara. Mereka mendapat undian 36 peratus responden sebagai pasangan terseksi dekad ini.

Tempat kedua dimenangi oleh pasangan Abhishek Bachchan-Aishwarya Rai dengan 27 peratus diikuti tempat ketiga oleh Bipasha Basu-John Abraham dengan 13 peratus dan Saif Ali Khan-Kareena Kapoor atau dikenali sebagai Saifeena dengan 6 peratus.

Dalam pada itu Shah Rukh Khan (SRK) terpilih sebagai aktor dekad ini mengalahkan Aamir Khan di mana SRK mengungguli dengan 29 peratus responden manakala Aamir hanya dengan 26 peratus. Big B mendapat tempat ketiga dengan 16 peratus.

Kategori paling menarik yang lain adalah ciuman paling seksi dekad ini yang dimonopoli oleh pasangan Mallika Sherawat dan Emraan Hashmi. Kemudian Hrithik Roshan-Aishwarya Rai dalam Dhoom 2. Saifeena mendapat tempat ketiga menerusi filem Kurbaan manakala Madhavan-Widya Balan mendapat tempat keempat menerusi filem Guru.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan