Kapoww!!! Lagenda Astromen Mula Takluk Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan Raja Lawak. - Foto oleh SAM THAM
Zizan Raja Lawak. - Foto oleh SAM THAM

GARA-GARA berlakunya satu letupan luar biasa di sebuah makmal, sekumpulan adiwira tercipta apabila tenaga radioaktif terbebas ke udara. Tambah menyukarkan keadaan, sekumpulan mutasi jahat yang mengancam keselamatan negara pula muncul. Inilah masanya, kejahatan perlu ditentang dan mereka datang untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi…siapakah mereka yang sebenarnya?

Drama 15 episod Kapoww!!! Lagenda Astromen menggabungkan lebih 20 orang pelakon baru dan lama. Lebih menarik, apabila majoriti pelakon yang menjayakan drama bersiri itu mempunyai pengalaman dalam menjayakan program televisyen berbentuk komedi.

Antara peneraju utama dalam siri itu adalah Hairi Anak Wayang, Yan Anak Wayang, Nurul Wahab, Norlia Ghani, Nadia Mustafar, Rosnah Mat Aris, Angeline Tan, Riezman Khuzaimi, Maria Farida, Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik dan Ah Chong Sweet Child.

Selain itu, siri itu turut dibantu oleh Joelin, Chew Kin Wah, Henzi Andalas, Nor Zanshuri Ramli, Mohd. Aliff, Mohd. Naiem, Farah Nadia dan Delaila Adnan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, salah satu objektif utama dalam menyiarkan program-program televisyen di Astro Ria ialah menawan hati para pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian kandungan bagi memenuhi citarasa penonton yang berbeza. Kapoww!!! Lagenda Astromen merupakan pertaruhan terbaru kami bagi genre drama yang berbeza.

“Drama bersiri seperti Kapoww!!! Lagenda Astromen dilihat mampu untuk menarik perhatian para penonton kami di Astro Ria kerana cerita fiksyen adiwira merupakan satu tontonan hiburan yang ringan dan sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan umur,” katanya.

Kisah Kapoww!!! Lagenda Astromen itu dimulakan dengan memperkenalkan dua watak utama adiwira iaitu Pria Perkasa lakonan Hairi dan Astromen King (Yan).

Pria Perkasa dan isteri, Makcik Power (Nurul) bercita-cita menjadi superhero kerana suatu ketika dahulu telah berlaku suatu kejadian di luar jangkaan, malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu. Sekarang, mereka mahu melakukan sesuatu dengan cara mereka sendiri.

Sementara itu, Astromen King dan keluarganya (isteri dan tiga orang anak) sedang mengalami kesusahan kerana King telah dibuang kerja.

Dalam masa yang sama, satu kumpulan saintis sedang mencipta mesin yang boleh mengeluarkan tenaga alternatif kepada dunia. Ketika dilancarkan, ia telah meletup setelah air kotor daripada mop Auntie Mop (Angeline) jatuh ke atas mesin tersebut lalu gagal berfungsi.

Letupan maha dahsyat telah berlaku di Pusat Sains. Ada yang mati, ada yang cedera teruk dan ada juga yang mengalami mutasi. Pria Perkasa dan isteri akhirnya memperolehi kuasa yang selama ini mereka idam-idamkan. Astromen King, Mak, Along, Angah dan Adik juga memperolehi kuasa.

Walaubagaimanapun, dengan kemunculan kuasa-kuasa hebat ini, muncul juga kuasa-kuasa jahat. Sebahagian daripada mereka yang ada di tempat kejadian menjadi mutasi dan jahat.

Suka atau tidak, superhero-superhero baru ini perlu bertindak untuk menyelamatkan negara, namun mereka masih berperangai gila-gila dan adakalanya bertindak bodoh.

Tanpa disedari oleh sesiapa, ada satu lagi kuasa jahat telah mendarat dan bakal menambahkan lagi kekacauan di seluruh negara.

Saksikan drama bersiri komedi aksi dan slapstik arahan Azizi Chunk Adnan, Kapoww!!! Lagenda Astromen pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 7 Mei ini di Astro Ria (saluran 104) bagi mengikuti perkembangan dan usaha adiwira untuk menyelamatkan dunia!

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan