Lana Kecewa Aksi Lagak Ngeri Tak Dapat Ditayangkan

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lana, R. Palaya dan Yasmin ketika berada di lobi Mahkamah Majistret, semalam. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Lana, R. Palaya dan Yasmin ketika berada di lobi Mahkamah Majistret, semalam. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

AKTRES dan hos televisyen, Lana Nodin kecewa usahanya melakukan aksi stunt sendiri dalam filem Gentayangan mungkin tidak dapat ditayangkan.

Ratu Petite Malaysia (1997) ini terlibat dalam tuntutan saman terhadap Secondlife Picture Sdn Bhd yang menerbitkan filem Gentayangan.

Syarikat produksi filem itu didakwa gagal dan ingkar menjelaskan baki pembayaran untuk lakonan mereka dalam filem terbitan produksi terbabit.

"Semestinya kami berpuas hati kerana melakukan stunt sendiri dalam filem ini. Kami beria-ia nak tengok aksi stunt yang kami buat.

"Kami nak tengok keberkesanan aksi stunt yang telah kami lakukan. Sekarang tak tahu boleh ditayangkan ke atau tidak," kata Lana dengan hampa kepada mStar Online semalam.

Beliau ditemui ketika hadir bersama Yasmin Hani di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Peguamnya, R. Palaya telah mengemukakan tuntutan saman terhadap syarikat berkenaan pada Mac lalu dan semalam, Lana memperolehi tarikh sebutan kesnya pada 20 Mei ini.

Lana yang juga hos Jejak Pulau (2007) dan X-Tune (2006) menuntut RM8,800 atau baki 40 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM22,000.

Lebih menyedihkannya ialah filem tersebut menyaksikan Lana berlakon julung kali dalam filem yang menggunakan imej janaan komputer (CGI).

Hingga hari ini, Lana mengakui dia tidak faham apa yang terjadi dengan tindakan syarikat tersebut.

"Kita tak tahu sebabnya. Kami sudah beberapa kali pergi ke ofis serta menghantar surat tetapi masih tak ada maklumbalas. Langsung tidak ada perhubungan dan respon.

"Tak cukup duit ke? Kami tak nak ambil tahu masalah syarikatnya. Kita boleh bincang langkah penyelesaiannya. Satu surat pun dia tak respon," katanya.

Filem Gentayangan ialah filem seram yang menceritakan ilmu hitam. Empat sahabat baik termasuk Yasmin dan Lana balik ke kampung ekoran kes ilmu hitam tersebut.

"Nampaknya, kami benar-benar bergentayangan selepas episod ini," kata Lana.

Sementara itu, Yasmin berkata, dia tidak menyesal berlakon dalam filem tersebut kerana ia memberikan pengalaman baru kepadanya.

"Saya tak pernah buat kerja-kerja macam itu. Saya juga banyak membuat stunt dalam filem tersebut.

"Cuma saya kesal sedikit dengan sikap-sikap mereka. Lain kali seelok-eloknya lebih profesional. Sekurang-kurangnya beritahulah status kami," katanya yang cuma ingin menuntut hak atau bahagiannya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan