Persembahan Mek Mulong, "Cahaya Bulan" Di Aswara

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Persembahan Mek Mulong,
Persembahan Mek Mulong, "Cahaya Bulan" di Dewan Filharmonik Petronas - gambar hiasan. - Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menjemput orang ramai menyaksikan persembahan Mek Mulong bertajuk “Cahaya Bulan” pada bulan depan.

Cahaya Bulan yang dipersembahkan oleh para pelajar Aswara akan diadakan pada 8–9 Mei, 8.30 malam dan bertempat di Panggung Eksperimen Aswara.

SINOPSIS

Putera Cahaya Bulan mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang sangat rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pak Kian.

Raja Gergasi berharap sekiranya dapat menguasai dan menakluk Puteri Nang Mara bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakan penghalang utama kejayaannya.

Putera Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi.

Raja Gergasi bersama pengasuhnya iaitu Amat dan Sena Berjaya memasuki pintu Kota Negeri Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi.

Mimpi Putera Cahaya Bulan menjadi realiti baginda dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pak Kian.

Putera Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke Sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng.

Mereka merawat Putera Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali baginda.

Di Benua Pak Kian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dan tidak menerima lamaran Raja Gergasi.

Akhirnya Putera Cahaya Bulan menyelamatkan Puteri Nang Mara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan