Leona Lewi Guna 'Mantera' Sebelum Buat Persembahan

Diterbitkan: Rabu, 28 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leona Lewis menghadiri majlis hari jadi Perez Hilton di Los Angeles pada 27 Mac 2010. - Foto AP
Leona Lewis menghadiri majlis hari jadi Perez Hilton di Los Angeles pada 27 Mac 2010. - Foto AP

PENYANYI antarabangsa, Leona Lewis seperti kebanyakan kita takut tampil di pentas untuk memberikan persembahan.

Untuk mengatasi kebimbangan tersebut, penyanyi lagu The Bleeding Love itu menulis 'mantera' pada tangannya.

Ia dikatakan dapat menenteramkan hatinya yang runsing.

Lewis sedang membuat persiapan konsert di United Kingdom pada bulan depan.

Dia mengakui gementar memberikan persembahan.

Foto-foto ketika Lewis berada di pentas sering menunjukkan perkataan ditulis pada tangannya.

Ini mewujudkan spekulasi bahawa dia tidak dapat mengingati lirik lagu-lagunya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan