Penangan Kelly Clarkson Dengan Aksi 'Kaki Ayam'

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMPIL dengan aksi lincah, berkaki ayam dan berstamina tinggi, penampilan juara American Idol pertama (AI1) Kelly Clarkson pada konsert All I Ever Wanted Tour Live in Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad lalu pasti meninggalkan impak, baik di mata mahupun kotak ingatan penonton yang bertandang.

Jika fizikal dijadikan ukuran, memang silap besarlah sesiapa yang menjangkakan penyanyi dari Texas, Amerika Syarikat itu akan 'pancit' atau 'mengah' ketika beraksi lincah sepanjang konsert yang berlangsung selama satu jam setengah itu.

Yang nyata, penangan Kelly Clarkson atau nama sebenarnya Kelly Brianne Clarkson benar-benar memukau. Bermula dengan persembahan pembukaan oleh dua penyanyi tempatan, Jaclyn Victor dan Suki, kemunculan Clarkson di pentas sememangnya sudah dinantikan.

Pesona Clarkson makin dirasai sebaik sahaja dia keluar dari terowong untuk menuju ke pentas utama.

Teriakan 16,000 penonton yang membanjiri tapak konsert makin bergema sebaik Clarkson memulakan persembahan dengan lagu All I Ever Wanted kira-kira pada pukul 8.30 malam.

Ini disusuli lagu Miss Independent daripada album sulungnya Thankful (2001) sebelum Clarkson menyampaikan lagu I Do Not Hook Up yang dipetik daripada album terbarunya.

Usai tiga lagu pembukaan, Clarkson membuka bicara dengan melahirkan keterujaannya dan mengalu-alukan sokongan para peminat.

Sekadar ucap ringkas, Clarkson terus menghangatkan malam dengan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu hit Breakaway, Behind These Hazel Eyes, Because of You, Since You Been Gone dan banyak lagi.

Lagu popular penyanyi dan komposer Alanis Morissette, That I Would Be Good yang disampaikan dalam susunan muzik lebih segar boleh dinobat sebagai antara persembahannya yang terbaik. Alunan vokal serak-serak basah yang lantang itu memang memikat.

Tidak cukup dengan itu, dendangan lagu-lagu seperti Breakaway, Behind These Hazel Eyes, Because of You, Already Gone dan My Life Would Suck Without You bukan hanya menghiburkan malah turut dinyanyikan oleh seluruh stadium.

Tanpa perlu runsing tentang pakaian, Clarkson selesa mengalunkan satu persatu lagu-lagunya dengan hanya satu persalinan berwarna hitam hingga ke akhir. Namun, ia sedikit pun tidak mengganggu pandangan kerana aksi dan vokal lantang Clarkson lebih mengikat tumpuan.

Ternyata, stamina dan tahap kecergasan Clarkson tidak dapat disangkal. Walaupun secara zahirnya susuk tubuh bintang ini semakin berisi dan montok, itu sedikit pun tidak menjadi alasan untuk Clarkson 'corot' dalam menguasai pentas.

Mendendangkan satu persatu lagu-lagunya hingga melengkapkan 22 senarai lagu, Clarkson hanya berhenti untuk beberapa minit pada lagu yang ke-18, Since You Been Gone. Belum sempat pun penonton beralih posisi duduk, dia kembali membuai penonton sehingga tamat.

Namun, di sebalik konsert yang boleh disifatkan memukau dan menghiburkan itu, celanya tetap tidak mampu ditutup. Sistem bunyi yang bermutu rendah memantulkan laungan vokal dan muzik yang tidak sekata serta susunan tempat duduk untuk pihak media membuat ulasan konsert langsung tidak strategik dan mengecewakan.

Sayang, untuk nama besar seperti Kelly Clarkson, persembahan istimewanya itu sedikit tercela kerana pihak penganjur Galaxy Music terlepas pandang dua perkara penting itu. Konsert yang sepatutnya dilabel sebagai sempurna itu sedikit 'tercemar' dek kealpaan penganjur.

Apa pun, kunjungan Clarkson ke sini pastinya meninggalkan kenangan termanis bukan sahaja buat peminatnya malah kepada sesiapa jua, walaupun sekadar mengenali dua atau tiga lagu hitnya sahaja.

Justeru persembahan yang ringkas, mantap dan berjalan dengan pantas serta menepati tentatif itu memang layak dipuji.

Paling penting, Clarkson bukan hanya menggegar Bukit Jalil, malah turut mencatat memori indah buat dirinya apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 di Kuala Lumpur, sehari sebelum malam konsert berlangsung.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan