Iz OIAM Berlakon Filem Pendek Kempen Anti-Merokok

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iz (empat dari kanan) ketika majlis pelancaran kempen anti merokok di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya baru-baru ini. - Foto Ihsan Iz
Iz (empat dari kanan) ketika majlis pelancaran kempen anti merokok di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya baru-baru ini. - Foto Ihsan Iz

KESEDARAN tentang tabiat merokok di Malaysia dewasa ini haruslah lebih meluas dan bukan hanya sekadar meliputi papan tanda besar di jalan raya dan di kotak-kotak rokok sahaja.

Justeru, baru-baru ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng melancar dan merasmikan kempen anti merokok atau ASAP di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Kempen ASAP yang akan menggunakan jalur medium filem dan muzik itu diharapkan dapat meneruskan dan memperkuatkan lagi kesedaran tentang bahaya amalan merokok terutamanya di kalangan belia-belia di Malaysia.

Mesej-mesej yang berkait rapat dengan akibat merokok akan disampaikan secara tidak langsung atau halus menerusi sebuah filem pendek berdurasi 10 minit yang bakal diarahkan oleh pengarah muda yang semakin berbakat, Aron Koh.

Dia memilih penyanyi dan pencipta lagu, Iz One In A Million (OIAM) 2 sebagai jurucakap rasmi kempen ASAP dan juga sebagai watak utama di dalam filem pendek yang dijadualkan bakal siap pada September ini.

Iz dipilih berdasarkan cara hidup sihatnya yang bebas rokok dan juga pencapaiannya baru-baru ini setelah dinobatkan sebagai pemenang Kategori Vokal di World Championship of Performing Arts, sebelum dia mewakili Malaysia di Hollywood, Los Angeles di Amerika Syarikat Julai ini.

Kempen ASAP untuk tujuan ramal dan pada masa yang sama berkonsepkan khidmat masyarakat itu bakal dimulakan dengan lagu tema bersama-sama muzik video yang juga akan dipersembahkan Iz sebelum kemuncak pelancaran secara besar-besaran ASAP selain filem pendek tersebut akan ditayangkan.

Kempen berkenaan adalah pemangkin kepada usaha meneruskan kesedaran di kalangan belia-belia di Malaysia tentang bahaya tabiat merokok dan bagaimana amalan buruk tersebut dapat mempengaruhi kesihatan, gaya hidup dan silaturahim keluarga mereka di masa hadapan. Untuk keterangan lanjut, layari www.asap.my.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan