Artis Popular Gegar Pentas Wall’s Cornetto

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara artis yang terlibat menjayakan konsert ini. Foto Oleh CHAN TAK KONG
Antara artis yang terlibat menjayakan konsert ini. Foto Oleh CHAN TAK KONG

WALL'S Cornetto bakal mempersembahkan enam selebriti untuk menghangatkan malam Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love.

Konsert yang bakal diketengahkan pada Jun ini berhasrat menyatukan dan menghiburkan peminat dari segenap lapisan masyarakat.

Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan, berkata, Wall’s Cornetto terus memperkenalkan cara baru untuk membolehkan orang ramai memperlihatkan personaliti dan perasaan mereka.

"Dengan Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love, kami ingin menghidupkan semangat Cornetto menerusi pertunjukan muzik secara langsung, yang dikongsi bersama antara artis terkenal dan peminat aiskrim di seluruh negara.

“Kami mahu menjadikan konsert ini satu acara yang benar-benar istimewa, untuk menggalakkan orang ramai menyemai dan menghidupkan bibit persahabatan yang boleh membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas,” katanya.

Wall’s mempersembahkan konsert dua jam dengan aneka rentak muzik. Barisan artis terlibat termasuk Akim, Shila, Dafi, Mila, Aizat dan Bunkface.

Mereka akan bergabung tenaga untuk menghangatkan perasaan cinta menerusi muzik. “Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, kami benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama besar di persada muzik kita untuk persembahan yang berlandaskan cinta dan persahabatan.

Konsert ini menggunakan daya tarikan sejagat bagi menjana persekitaran positif, mencipta dialog dan memupuk silaturahim,” jelasnya.

Setiap persembahan disusun secara unik untuk memastikan peminat benar-benar terhibur dan membawa pulang kenangan manis yang sukar dilupakan.

Tiket untuk Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love boleh didapati di semua 7-Eleven, stesen Petronas dan Shell. Bagi setiap pembelian dua Wall’s Cornetto, peminat aiskrim akan mendapat satu tiket percuma untuk menonton konsert.

Konsert itu akan diadakan di tingkat atas bumbung Bukit Bintang Plaza pada hari Sabtu, 19hb Jun dari 7.30 malam. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila ke laman web www.cornetto.com.my.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan