Persembahan Bangsawan, 'Syakuntala' Di Aswara - Berita Hiburan | mStar

Persembahan Bangsawan, 'Syakuntala' Di Aswara

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Dusyanta (kanan) jatuh cinta kepada seorang pertapa, bernama Syakuntala. - Foto Ihsan ASWARA
Raja Dusyanta (kanan) jatuh cinta kepada seorang pertapa, bernama Syakuntala. - Foto Ihsan ASWARA

KISAH Raja Dusyanta yang jatuh cinta kepada seorang pertapa, bernama Syakuntala.

Baginda mengambil keputusan untuk mengahwininya walaupun sedar perkahwinan berlainan kasta itu adalah satu kesalahan yang disebut sebagai ‘perkahwinan gandrawa’.

Mereka akhirnya berkahwin di tempat pertapaan. Raja Dusyanta kemudiannya memberikan cincinnya kepada Syakuntala dan malangnya baginda menjadi hilang ingatan sejurus selepas itu.

Apabila Syakuntala hamil dan dihantar ke Istana, Raja Dusyanta tidak mengenali isterinya. Syakuntala lalu dihalau daripada istana dan dibawa ke kayangan oleh pari-pari.

Raja kemudian menemui kembali cincinnya daripada seorang nelayan (cincin itu telah terjatuh ke dalam sungai dan dimakan oleh ikan yang kemudiannya ditangkap oleh nelayan tersebut) dan ingatannya pulih.

Akhirnya Raja bertemu dengan Syakuntala dan setelah direstui oleh segala pari-pari. Raja Dusyanta akhirnya kembali bahagia bersama Syakuntala dan anak mereka.

Saksikan persembahan bangsawan 'Syakuntala' di Panggung Ekseperimen Aswara pada 30 April hingga 1 Mei 2010, 8.30 malam serta 2 Mei 2010, 3 petang dan 8.30 malam.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan