Pakar Tekak Rawat Iwan AF8 - Norman

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASALAH sakit tekak yang terus membelenggu peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan sehingga gagal memberikan persembahan memberangsangkan mendapat perhatian Pengetua AF8, Norman KRU.

Norman KRU berasa kesihatan yang kurang baik memang mengganggu prestasi Iwan sehingga peminat mula hilang minat terhadapnya.

Ini terbukti melalui hasil undian khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi minggu keenam AF8 yang tidak memihak kepadanya. Dia berada pada kedudukan kedua tercorot dengan hanya meraih 11.88 peratus undian SMS walaupun peserta dari Seremban itu dilihat antara pelajar favourite dari segi ranking dan kedudukannya memang konsisten.

"Walaupun AF8 telah masuk minggu keenam, Iwan masih lagi diganggu dengan masalah sakit tekak. Kita sedang mencari pakar lain untuk mendapatkan second opinion. InsyaAllah, kami akan cuba cari jalan untuk membaiki keadaan ini.

"Saya difahamkan masalah itu merupakan perkara biasa. Kadang-kala masalah kesihatan merupakan faktor yang membuat prestasi mereka terumbang-ambing. Kalau kita tengok, jika penyanyi luar negara tidak sihat, mereka boleh batalkan konsert," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan minggu keenam AF8 pada Ahad lalu.

Keputusan undian SMS para penonton ialah Adira yang mengungguli kedudukan dengan 13.58 peratus, Shahir (13.52), Daus (12.73), Farina (12.69), Maulana (12.39), Ain (12.18), Iwan (11.88) dan Nad (11.03).

Norman memberitahu, faktor kesihatan turut menjejaskan persembahan Ain pada minggu pertama AF8 kerana menghadapi migrain sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menjawab soalan wartawan bahawa persembahan baik peserta tidak semestinya mempamerkan kedudukan sebenar, Norman mengenalpastikan dua punca utama berlakunya keadaan sedemikian rupa.

"Pertama, semua pelajar bersaing secara hebat. Maknanya kedudukan pertama peserta (pada minggu ini) boleh menjadi kedudukan terakhir (pada minggu seterusnya).

"Kedua, mereka tidak ada penyokong setia yang kuat lagi. Saya nampak peserta macam Daus, Farina, dan Adira ada kecenderungan ke arah itu.

"Mereka berada dalam keadaan selamat kerana adanya penyokong kuat walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi baik," katanya.

Sambil mengambil contoh prestasi Daus pada minggu keenam, Norman berkata, peserta terbabit tidak menunjukkan prestasi baik.

"Tapi dia terselamat malah mendapat nombor ketiga. Ini menunjukkan ada penyokong setia bagi Daus ini. Dan saya lihat Iwan telah kehilangan penyokongnya. Kita kena lihat apa yang boleh kita bantu dengan mendekatkan pelajar ini dengan orang ramai di luar sana dan bukan dari konsert atau diari AF," jelas beliau.

Sementara itu, Norman menyangkal dakwaan bahawa prestasi sesetengah peserta merosot kerana mereka tidak diberikan peluang untuk membawa genre muzik kegemaran mereka.

"Kita tahu semua pelajar itu mempunyai kecenderungan genre muzik masing-masing. Kita tahu apa jenis lagu yang patut diberikan kepada mereka. Tujuan kita bukan sahaja mendapatkan bukan sahaja mendapatkan kesetiaan peminat terhadap peserta kegemaran mereka bahkan genre muzik tertentu.

"Jadi mereka bawa genre muzik tersendiri. Ini adalah suatu perkara yang baik kerana tidak ada satu pelajar pun yang mempunyai identiti muzik yang sama dalam AF8.

"Memang tidak ada masalah dengan aliran muzik yang diberikan. Kami ada berdialog dengan mereka dan kami bukan diktator. Okey, kita berikan genre muzik ini dan anda mesti ikut," jelasnya.

Hasil perbincangan Astro Entertainment dengan peserta AF8 dan pengamatannya sendiri, tambah Norman, beliau sedar Adira serasi dengan genre pop R'n'B, Maulana (Jazz) dan Iwan (indie rock).

Katanya, Daus pula menggemari muzik bergenre indie tapi berunsur fun seperti kumpulan OAG serta muzik gaya bebas, Farina (pop), Ain (gitar oriented pop music seperti Ella) dan Shahir (pop Melayu seperti lagu Ziana Zain, 'Di Depanmu').

"Kita akan bentukkan lagu genre pilihan mereka dan cuba bimbing mereka untuk menguasainya," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan