Program Indie Band & Clash Of The Bands Tarik Peminat Indie

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Shabery mempamerkan bakatnya bermain gitar elektronik. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT
Ahmad Shabery mempamerkan bakatnya bermain gitar elektronik. - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT

"Anda suka dengar dengan band indie? Mahu dengar lagu indie sepuas-puasnya? Mari kita sama-sama ke Presint 3, Putrajaya pada 14-16 Mei waktu malam untuk menyertai program Indie Band & Clash Of The Bands," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan program 'Indie Band & Clash Of The Bands' sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010 bertempat di ruang legar hadapan Maybank, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 23 April lalu.

Program itu dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Youth) dan kementerian sempena dengan Hari Belia Negara yang disambut pada Mei setiap tahun.

Program itu merupakan salah satu daripada 88 program yang dianjurkan semasa sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Ahmad Shabery berdansa semasa kumpulan indie Carl' La membuat persembahan pada malam Jumaat. Malah beliau turut mempamerkan bakatnya bermain gitar elektronik. Seterusnya, beliau menaiki kereta drift yang dipandu secara agresif dan membentuk angka lapan pada ruang seluas lebar Jalan Bukit Bintang.

Manakala persembahan pentas oleh band indie bermula. Lain-lain band indie yang terlibat termasuk Spatwo, The Lizard, Noris & The Bliss, Happy Siblings dan Breakfast Band.

Bagaimanapun, hujan renyai-renyai memendekkan tempoh persembahan.

Bercakap pada sidang akhbar sejurus itu, Ahmad Shabery berkata, pemuzik indie kini sudah mendapat tempat di dalam dan luar negara.

"Jika dulu pemuzik indie terpaksa cari syarikat muzik untuk keluarkan album. Tak semua anak-anak muda berpeluang kerana mereka kena tahu selok-belok urusan dengan syarikat penerbitan album.

"Sekarang mereka boleh upload di website... Akhirnya mereka dapat menonjolkan kekuatan serta bakat masing-masing. Jangan terkejut lagu-lagu mereka didengar di dalam dan luar negara. Mereka ada networking mereka sendiri," katanya sambil menyatakan kumpulan indie seperti Meet Uncle Hussain telah mencipta nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata, program tersebut menyediakan platform kepada pemuzik indie untuk menyerlahkan bakat serta meyakinkan syarikat label untuk menawarkan kontrak kepada mereka.

"Sebab itu taglinenya adalah seribu peluang, seribu keriangan. Selain menghiburkan para penonton, mereka boleh mempamerkan kreativiti serta menarik perhatian syarikat album yang berminat dengan keupayaan mereka," jelasnya.

Bagi program Indie Band, sebanyak 12 kumpulan indie bakal membuat persembahan sewaktu sambutan Hari Belia Negara.

Manakala program 'Clash of The Bands' akan melibatkan lebih kurang 30 kumpulan yang bakal berentap. Mereka akan mempamerkan bakat bagi merebut gelaran juara.

Program lain termasuk program '1 Youth 1 Malaysia The Largest Motorsport Gathering' pada 15 Mei 2010.

Sebanyak 6,000 kenderaan berkumpul sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai perhimpunan kenderaan terbesar di negara.

Mengenai sukan drift, Ahmad Shabery menyifatkan ia adalah sukan seni yang luar biasa dan yakin ia mendapat sambutan menggalakkan daripada muda-mudi yang rata-ratanya mempunyai sifat semulajadinya suka berlumba.

Sambil menceritakan pengalamannya dalam sukan drift, beliau berkata sudah kali ketiga menjadi penumpang dalam kereta drift.

"Saya bukan sahaja tidak pening bahkan ketagih untuk drift lagi. Ini sudak kali ketiga saya drift. Setiap kali drift memberikan pengalaman baru. Saya dapat rasakan G-Force agak luar biasa.

"Saya percaya sukan drift ini mendapat sambutan menggalakkan kerana muda-mudi sukan berlumba. Kalau kita ada Tokyo Drift, insya-Allah kita akan wujudkan KL Drift pula pada masa akan datang," katanya.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan drift itu adalah selamat kerana pemandunya adalah profesional selain keretanya telah diubah suai.

Sementara itu, Mohd Hashim Hussein - vokalis dari kumpulan indie Car'La, 22, berkata, mereka menyertai program itu selepas diajak penganjur.

Katanya, mereka biasanya bermain muzik di situ dan telah menjadi penyanyi di tepi jalanan selama lapan tahun.

"Oleh itu, kami teruja untuk menyahut cabaran penganjur untuk bertanding dengan kumpulan indie lain," kata penuntut Kolej Taylor ini yang belajar bidang perakaunan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan