Persembahan Makyung “Sindo” Di Aswara

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Muda dan Puteri Sindo. - Foto Ihsan ASWARA
Raja Muda dan Puteri Sindo. - Foto Ihsan ASWARA

DALAM makyung “Sindo”, ia mengisahkan tentang Raja Besar yang ingin mencari jodoh bagi anakandanya Raja Muda.

Dalam usahanya itu baginda meminta Peran bersaudara memukul canang di serata negeri untuk meminta sekalian rakyat jelata mengadakan persembahan di istana bagi membolehkan Raja Muda mencari jodoh.

Nun di hujung negeri terdapat seorang anak gadis yang bernama Sindo yang selalu didera oleh mak tirinya, Mek Bunga, yang selalu memintanya membeli barang-barang dengan hanya berbekalkan duit seringgit.

Jika tidak dapat dibeli barang-barang yang dipesan, habis dipukul-palunya Sindo. Sindo mempunyai bakat menari yang tiada taranya di dalam negeri itu.

Disebabkan tidak tahan dipukul Mek Bunga, Sindo menumpang teduh di rumah jirannya yang baik hati, Wak Lenggeng dan Tok Selamah.

Wak Lenggeng dan Tok Selamah menyuruh Sindo untuk menyertai persembahan yang diadakan di istana dan Sindo kemudian belajar menari dengan Mek Kenari yang merupakan guru tarian di kampungnya.

Di dalam kelas tarian itu Sindo selalu dibuli oleh Denjo, budak yang paling nakal sekali di kampung itu.

Dapatkah Sindo belajar tarian yang perlu dipersembahkan pada pihak istana? Apakah nasib Sindo yang tidak habis-habis dilanda malang? Saksikan Teater Tradisional Makyong “Sindo” di Panggung Eksperimen Aswara (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) pada 23-25 April 2010, 8.30 malam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan