Lindsay Dakwa Ayah Ancam Bunuhnya - Berita Hiburan | mStar

Lindsay Dakwa Ayah Ancam Bunuhnya

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perez Hilton (kiri) dan Lindsay Lohan ketika meraikan hari jadi Perez pada 27 Mac 2010 di Los Angeles. - Foto AP
Perez Hilton (kiri) dan Lindsay Lohan ketika meraikan hari jadi Perez pada 27 Mac 2010 di Los Angeles. - Foto AP

LINDSAY Lohan mendakwa ayah, Michael pernah mengancam untuk menculik dan membunuhnya.

Penyanyi berusia 23 tahun itu membuat dakwaan tersebut selepas ayahnya muncul di rumahnya tanpa diundang.

Menurut polis, Michael memberitahu mereka bahawa dia hanya ingin memeriksa sama ada Lindsaya dan adiknya, Ali berada dalam keadaan baik.

"Ali terdedah kepada kehidupan malam dan kawan-kawan Lindsay. Ali hanya berumur 16 tahun. Lindsay tidak berada dalam kerangka minda yang betul untuk menjaga Ali," dakwanya.

Bagaimanapun, Lindsay menafikan perkara tersebut dan menyifatkan Michael sebagai pembohong.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan