Ringkas & Padat Bersama Ana Raffali

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Walaupun masih 'hijau' nama Ana Raffali semakin meniti di bibir masyarakat
Walaupun masih 'hijau' nama Ana Raffali semakin meniti di bibir masyarakat

BERMULA sebagai penyanyi indie, kemunculannya dalam industri muzik tanah air semakin mendapat sambutan peminat kerana penampilannya yang unik. Ini kerana Ana Rafali akan hanya muncul dengan gitar dan baju kurung atau kebaya setiap kali membuat persembahan. Ikuti temubual ringkas bersama Ana Raffali....

APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? Amp... gitar saya yang perlu diselamatkan. (Baru lepas buat persembahan) - takpe dah ada orang tolong ambil.

SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? M. Nasir. Beliau tulis lagu dan nyanyi sendiri dan tulis lagu untuk orang. Lagu-lagu rakyat yang dahsyatz... APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? Sesuatu yang tak diingi berlaku ke atas gitar saya, Twippie.

APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA? Suka bercerita. Sebab tu saya tulis lagu untuk berkongsi cerita dengan masyarakat.

APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN? Tak jujur.

PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN? Berduet dengan M. Nasir.

PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA? Secara semula jadi, saya kalau tak puas hati saya tulis lagu.

PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA? Saya tak ambil tahu. Setiap orang ada hak untuk membenci dan dibenci.

BAKAT APAKAH YANG ANDA PALING INGINI? Bermain harmonika sambil bermain cajon. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Kasut saya yang paling saya suka dah haus. Memang nak kena tukar.

APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR? Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL.

PADA SITUASI MACAM MANAKAH ANDA MENGANGGAP ANDA GAGAL? Gagal bangun awal pagi untuk melakukan senaman untuk kesihatan.

KERJA YANG PALING BEST YANG PERNAH ANDA LAKUKAN? Sekarang. Saya seorang penyanyi/penulis lagu.

PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI YANG ADA PADA SEORANG KAWAN? Kejujuran dan kesudian untuk bergelak ketawa bersama-sama.

SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA? Datuk A. Samad Said.

SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA? Howard Roark (The Fountainhead - Ayu Panel)

BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGAT/DIKENANG? Sebagai seorang penulis lagu tersohor di Malaysia & dunia.

ANDA ADA MOTTO KEHIDUPAN TAK? Ya. Saya bukan yang terbaik, tapi saya cuba.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan