Keputusan Kes Cerai Radhi OAG 18 Mei

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 18 Mei ini bagi membuat keputusan berhubung pengesahan penceraian pelakon dan penyanyi kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali, 30, dengan isterinya, Shazlin Sharif, 30.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas kedua-dua pihak iaitu Shazlin selaku plaintif dan Radhi sebagai defendan memfailkan hujah bertulis kepada mahkamah berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari 2009.

Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar tidak hadir manakala Radhi dan wakil peguamnya, Wan Rosmawati Wan Ali hadir.

Bagaimanapun, Radhi yang hadir 15 minit lebih awal sebelum prosiding bermula pada pukul 2.30 petang tidak mengikuti prosiding tersebut kerana dinasihatkan peguamnya bahawa dia tidak perlu menghadirinya.

Ketika ditemui di luar mahkamah, dia memberitahu tidak tahu bahawa dia tidak perlu hadir ke mahkamah hari ini.

"Saya baru menelefon peguam saya dan diberitahu saya tidak perlu hadir ke mahkamah hari ini," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Wan Rosmawati ketika ditemui memberitahu: "Hari ini kes Radhi hanya untuk hujah. Nanti bila kami dah failkan hujah, hakim akan putuskan sama ada penceraian yang didakwa oleh plaintif itu sah atau tidak.

"Jika tidak sah, mereka akan kekal sebagai suami isteri. Pada peringkat fail hujah bertulis, mereka tidak diwajibkan hadir. Mereka baru kena hadir pada peringkat keputusan nanti iaitu 18 Mei ini," jelasnya.

Tambah beliau, pihak plaintif turut mewakilkan pihaknya untuk prosiding hari ini.

Jelas Wan Rosmawati lagi, hakim akan bergantung kepada hujah bertulis kedua-dua pihak untuk membuat keputusan.

Pada 22 Mac lalu, Radhi memberitahu mahkamah yang sama bahawa beliau mungkin berada dalam pengaruh pil tidur ketika menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Shazlin berhubung lafaz talak kali pertama tahun lalu.

Dia turut memberitahu dia tidak pasti kandungan SMS terbabit kerana terlalu banyak mesej yang dihantar dan diterimanya selain tidak mengingati nombor telefon yang digunakan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan