Dari Dunia Korporat Ke Dunia Mekap

Diterbitkan: Isnin, 19 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamnina sanggup meninggalkan karier profesional demi dunia solekan.
Shamnina sanggup meninggalkan karier profesional demi dunia solekan.

DEMI cintanya pada bidang solekan, empunya diri Shamnina Omar sanggup meninggalkan kerjaya kolar putihnya sebagai Pengurus di bahagian Sumber Manusia sebuah syarikat korporat semata-mata untuk menyolekkan wajah orang.

Itu luahan jurusolek bebas ini tentang kesanggupannya meninggalkan karier profesional demi dunia solekan.

“Menjadi jurusolek membolehkan saya menjadi diri sendiri. Saya benar-benar bebas setiap kali saya menyolekkan wajah orang. Seni solekan mencabar minda dan kreativiti saya.

“Saya berasa sangat seronok tiap kali memerah otak dan mencabar kreativiti untuk hasilkan solekan terbaik pada wajah seseorang individu. Saya luahkan rasa hati menerusi sentuhan mekap dan itu cara saya mengekpresi diri,” katanya.

Bercerita tentang kerjaya sebagai jurusolek bebas, Shamnina berkata, kebebasannya untuk menyusun waktu kerja sendiri tanpa perlu terikat dengan regulasi dan polisi syarikat membuatkannya berasa selesa dan senang dengan keputusan yang dilakukannya untuk berkecimpung secara serius dan profesional dalam bidang ini.

“Tiada peraturan atau polisi tertentu yang mengikat saya apabila bekerja bebas begini berbanding ketika bekerja di bawah sesebuah organisasi. Saya bebas untuk menyusun jadual kerja dan ia fleksibel.

“Lebih menarik, saya boleh menyarung apa sahaja jenis pakaian ketika hendak keluar bekerja. Asalkan ia bersesuaian, saya tidak perlu pening kepala untuk memikirkan pakaian apa yang hendak dipakai.

“Sebenarnya, saya sudah meminati bidang solekan sejak zaman remaja lagi. Cuma ketika itu minat saya ini tidak mendapat ‘lampu hijau’ daripada keluarga.

“Sebagai anak, saya turutkan jua kehendak keluarga yang mahukan saya belajar sampai ke universiti dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

“Dek keseronokan dan kepuasan yang saya kecapi dalam bidang solekan, saya sanggup buat kerja ini separuh masa ketika belajar di universiti dulu. Setelah tamat belajar, saya bekerja dalam bidang sumber manusia seperti mana yang saya pelajari.

“Namun, jiwa saya sentiasa meluap-luap ingin menjadi jurusolek. Bayangkan, ketika bekerja, saya sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur semata-mata untuk kerja jurusolek separuh masa.

“Lama-kelamaan, saya buat keputusan menceburi bidang ini secara serius dan profesional. Pada tahun 2002, saya berhenti kerja dan bergiat aktif semula sebagai jurusolek sepenuh masa,” ceritanya yang sudah berkecimpung dalam bidang solekan sejak Mac 1996.

Melihatkan keterujaannya dalam bidang solekan, Shamnina diajak berkongsi tentang kepuasannya setiap kali jari-jemari mencantikkan wajah seseorang. “Saya rasa sangat gembira apabila melihat wajah individu yang disolek itu kelihatan cantik. Kepuasan akan lahir apabila melihat hasil solekan itu sesuai dan menyerlahkan wajah seseorang.

“Malah, sebagai bonus, apabila kerja saya disukai dan dipuji, kepuasan itu lebih berganda,” katanya yang lebih senang jika namanya dikenali kerana kerja yang dilakukan dan bukan siapa dirinya.

Kini, setelah 14 tahun bergelar jurusolek, anak jati Muar, Johor ini boleh tersenyum bangga dengan percambahan bisnesnya yang kini melebar kepada butik pakaian pengantin, D’ Kasih Design di Anggerik Mall, Shah Alam.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan