Siti Kongsi Rahsia Kecantikan Melalui Kembara SimplySiti

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Siti ketika melancarkan produk SimplySiti baru-baru ini.
Datuk Siti ketika melancarkan produk SimplySiti baru-baru ini.

SELARAS dengan pelancaran produk penjagaan muka dan kosmetik SimplySiti, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza akan berkongsi rahsia kecantikannya dengan para peminat di AEON Seberang Prai Shopping Centre, Pulau Pinang pada hari ini, 18 April, pukul 3 petang.

Kembara SimplySiti di Pulau Pinang dianjurkan mulai 14 hingga 18 April ini untuk memberi ruang kepada Siti berkongsi rahsianya bagi membawa perubahan kepada cara wanita Malaysia menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik.

Di setiap lokasi kembara yang menampilkan tema produk ‘Rahsiaku Kini Milikmu’ itu, Siti membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu tema produk itu iaitu Rahsiaku Milikmu.

Selain persembahan nyanyian daripada Siti, program itu turut mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang membelanjakan RM50 ke atas, manakala 10 pemenang akan menerima produk SimplySiti bernilai RM30.

Lebih menarik, pengunjung yang hadir juga berkesempatan untuk dimekap secara percuma. Sementara mereka yang membeli produk SimplySiti sebanyak RM120 ke atas berpeluang merakamkan gambar oleh jurugambar profesional.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan