Heidi Montag Saman Pembuat 'The Hills' Atas Dakwaan Gangguan Seksual

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Spencer Pratt (kanan) dan isterinya Heidi Montag. - Foto AP
Spencer Pratt (kanan) dan isterinya Heidi Montag. - Foto AP

AKTRES jelita, Heidi Montag merancang untuk menyaman pembuat filem 'The Hills', Adam DiVello kerana mendakwa dia telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Media melaporkan Montag mendakwa DiVello merabanya semasa sesi penggambaran pada Mac lalu.

"Adam datang dari belakang dan memeluknya erat di perut manakala sebelah tangan lagi meraba punggungnya.

"Heidi mempunyai enam pengawal peribadi. Mereka menyelamatkannya," menurut sumber.

Montag, 23, enggan meneruskan sesi penggambaran. Tindakan itu menyebabkan media melabelkannya sebagai diva.

Suaminya pula berkata dia 'sakit dan enggan menghadiri sesi penggambaran.'

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan