Eminem Batal Terbit Album 'Relapse 2'

Diterbitkan: Jumaat, 16 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA mengeluarkan album Relapse pada 2009, Eminem telah menyiapkan material untuk dua album sekaligus. Mengikut perancangan, Relapse 2 akan dikeluarkan dalam waktu terdekat ini. Namun dia membatalkan perancangan itu.

Rapper yang biasa mendapat jolokan Slim Shady itu memang sedang sibuk di studio tetapi bukan untuk menghasilkan Relapse 2.

"Tidak akan ada Relapse 2," tulis Eminem dalam akaun Twitternya.

Entah bila pelantun lagu hits Mocking Bird itu akan menerbitkan projek selanjutnya itu. Namun apa yang dipastikan, Eminem masih akan bekerjasama dengan produser Dr. Dre dan sahabat karibnya, 50 Cent dalam album itu.

Kebelakangan ini Eminem memang jarang kelihatan di mana-mana. Dia merupakan seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan untuk kesemua lagunya. Jadi tidak hairanlah jika lelaki kelahiran Detroit pada 17 Oktober 1972 itu kembali mengurung diri di studio.

Namun dia merancang untuk muncul dalam program T In The Park dan festival Oxegen pada akhir tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan