Kerap Muncul, Peminat Bosan Dengan FT? - Berita Hiburan | mStar

Kerap Muncul, Peminat Bosan Dengan FT?

Diterbitkan: Khamis, 15 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal tidak bimbang kemunculannya yang kerap akan mendatangkan rasa bosan kepada peminat. Foto THE STAR Oleh UU BAN
Faizal tidak bimbang kemunculannya yang kerap akan mendatangkan rasa bosan kepada peminat. Foto THE STAR Oleh UU BAN

KEKERAPAN membuat persembahan dan muncul pada acara-acara hiburan tidak langsung membimbangkan penyanyi popular, Faizal Tahir terhadap popularitinya, malah menganggap perkara tersebut sebagai satu tanggungjawab.

"Perkara tersebut tidak menjadi persoalan, bagi seorang artis kita hanya menjalankan tugas.

"Jika mereka memilih saya untuk membuat persembahan pada acara tersebut itu adalah satu penghargaan. Tentang rasa bosan peminat kepada saya, itu adalah di luar bidang kuasa saya.

"Apa yang penting bagi mengelakkan mereka rasa bosan dengan persembahan saya, saya perlu sentiasa beri kelainan dan bertenaga," ujarnya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan pengacara, penyampai dan artis yang membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada 2 Mei ini.

Faizal yang bakal membawakan single terbaru berjudul Selamat Malam daripada album terbaru Adrenalin juga terkejut dengan pemilihannya sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan pada malam tersebut.

"Terus terang saya terkejut dengan pemilihan kali ini, tahun lepas saya telah digandingkan dengan Rossa dengan membawakan lagu Terlanjur Cinta.

"Tahun ini saya rasa lebih teruja dan menjanjikan yang terbaik, namun corak persembahan masih belum difikirkan lagi" jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut mengakui jadual yang terlalu ketat pada tahun ini sedikit sebanyak mengganggu pemulihan kesihatannya.

"Tahun ini saya terlalu sibuk, belum pernah saya sesibuk ini. Terlalu banyak perancangan untuk persembahan ditambah pula dengan promosi untuk album baru.

"Keadaan kesihatan saya belum pulih sepenuhnya, saya masih lagi ambil ubat. Setakat ini 50 peratus sudah pulih," ujarnya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan