Sha'arin Dakwa Lafaz Cerai Ida Nerina September 2009

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Sha'arin Mohd Razali sejurus selepas memberi keterangan bersumpah melafazkan cerai terhadap Ida Nerina di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
Sha'arin Mohd Razali sejurus selepas memberi keterangan bersumpah melafazkan cerai terhadap Ida Nerina di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Suami pelakon Ida Nerina hari ini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa dia melafazkan cerai selepas bertengkar dengan isterinya itu pada 22 September 2009.

Plaintif, Sha'arin Mohd Razali dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu defendan mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.

Dakwanya, insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan bertempat di bilik tidur rumah pasangan itu yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana.

"Baiklah, saya ceraikan kamu," katanya ketika disoal oleh peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.

Bagaimanapun, Sha'arin yang juga bekas pemuzik kumpulan Blackrose itu memberitahu dia tidak menyatakan jumlah talak yang dilafazkan kepada isterinya.

Sejurus itu katanya, dia telah mengarahkan pembantu rumahnya mengemaskan barang kepunyaannya sebelum keluar dari rumah itu.

Dia berkemeja lengan panjang berwarna putih dan berkaca mata gelap hadir bersama seorang temannya manakala Ida tidak hadir.

Ida yang tidak hadir bagaimanapun diwakili oleh peguamnya, Akbarden Abdul Kader.

Prosiding hari ini menyaksikan Mahyuddin menyoal balas anak guamnya, Sha'arin berhubung lafaz cerainya.

MAHYUDDIN: Ceritakan apa yang berlaku pada pagi berlakunya pertengkaran tersebut?

SHA'ARIN: Selepas pertengkaran itu, defendan (Ida) telah suruh saya keluar dari rumah dan suruh saya ceraikannya. Saya tidak ingat butiran katanya tetapi maksudnya hampir sama dengan 'Kalau begini, ceraikan saya sahaja.'

MAHYUDDIN: Adakah lafaz cerai itu dibuat sebelum atau selepas diusir keluar dari rumah?

SHA'ARIN: Sebelum defendan suruh saya keluar dari rumah.

MAHYUDDIN: Apakah yang dilafazkan selepas itu?

SHA'ARIN: "Baiklah, saya ceraikan kamu".

MAHYUDDIN: Sebelum kejadian itu, pernah lafazkan cerai dengan defendan?

SHA'ARIN: Tidak pernah.

MAHYUDDIN: Bagaimanakah keadaan Sha'arin semasa melafazkan cerai itu?

SHA'ARIN: Normal, waras, tidak tertekan dan ada sedikit marah tetapi tidak sampai tahap gila.

Sha'arin juga memberitahu bahawa dia membuat lafaz cerai itu tanpa ugutan defendan, orang lain serta di bawah pengaruh apa-apa bahan yang mengkhayalkan.

Sementara itu, dia ketika menjawab pertanyaan Mohd Yunus berkata, dia beranggapan isterinya dapat mendengar lafaz cerainya dengan jelas walaupun Ida tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Mohd Yunus kemudian menetapkan 21 April ini untuk mendengar keterangan defendan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan