Michelle McGee Minta Maaf Kepada Sandra Bullock

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sandra Bullock dan Jesse James menghadiri parti The Vanity Fair Oscar di California pada 7 Mac 2010. - Foto AP
Sandra Bullock dan Jesse James menghadiri parti The Vanity Fair Oscar di California pada 7 Mac 2010. - Foto AP

PEREMPUAN simpanan Jesse James memohon maaf kepada Sandra Bullock baru-baru ini.

Media melaporkan Michelle McGee - model yang bertatu - berbuat demikian dalam satu rancangan televisyen kerana membuat hubungan sulit selama 11 bulan dengan James.

"Saya berasa bersalah. Saya berasa sedih untuk Sandra," katanya kepada media.

"Saya minta maaf kerana memalukan anda. Saya minta maaf untuk segala-galanya," ujarnya.

McGee juga mengkritik James kerana mendakwa dia telah berpisah daripada Bullock apabila mereka menjalin hubungan sulit.

"Saya berasa ditipu sepertimana yang dialami Sandra. Jika Jess berterus-terang dari awal, kami tidak akan berada dalam situasi sebegini," katanya.

McGee berkata dia memahami apa yang dialami aktres berusia 45 tahun itu.

"Dia pastinya kecewa, sedih dan malu. Saya ingin memohon maaf," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan