'Harapan Tanpa Suara' Sarat Mesej Kemanusiaan

Diterbitkan: Rabu, 14 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majlis pelancaran kempen Kami Prihatin baru-baru ini. - Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN
Majlis pelancaran kempen Kami Prihatin baru-baru ini. - Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHAN

KEKUATAN utama lagu Harapan Tanpa Suara merangkumi banyak aspek. Namun begitu, melodi indah cetusan idea komposer S. Atan sangat mudah untuk menarik perhatian pendengar.

Keindahan melodi itu ditambah pula dengan lirik yang penuh dengan mesej kemanusiaan tulisan penulis lirik tersohor tanah air, Habsah Hassan.

Siapa sangka dalam masa dua hari, S. Atan mampu menghasilkan sebuah karya yang akan dikenang sebagai lagu kemanusiaan yang istimewa.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran, namun saya bersyukur kerana memperoleh idea dalam waktu yang singkat untuk menghasilkan melodi ini," katanya.

Sebaik siap dalam masa dua hari, S. Atan menyerahkan melodi itu kepada Habsah untuk digubah liriknya.

Bagi Habsah Hassan pula, beliau terpanggil untuk menyokong kempen tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Katanya, media terutama yang mempunyai pengaruh besar mampu bertindak sebagai ejen membangkitkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak dan bayi mempunyai hak untuk hidup bahagia di dunia ini.

"Keadaan yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Memang wajar kita memberi perhatian kepada apa yang berlaku ini," katanya.

Ilham menghasilkan lirik Harapan Tanpa Suara diperoleh Habsah selepas menyelami suara hati dan perasaan kanak-kanak serta bayi yang menjadi mangsa dera dan penganiayaan orang dewasa.

Lagu Harapan Tanpa Suara yang menjalani rakaman di NAR Studio, Taman Tun Dr. Ismail menggabungkan penyanyi-penyanyi ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Adibah noor, Anuar Zain, Mawi, Aishah, Maya Karin, Anita Sarawak, Erra Fazira, Nurul Huda, Aizat, Lah Ahmad, Amy Mastura, Misha Omar, Alyah, Amylea dan kumpulan Flava.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan