Kavita Tiada Perancangan Untuk Berkahwin

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERSTATUS solo di usia melewati 40 tahun mungkin sesuatu yang membimbangkan bagi kebanyakan wanita. Namun, berbeza bagi aktres juga model tinggi lampai Kavita Sidhu, kenyataan itu sedikit pun tidak merungsingkannya.

Sebaliknya Kavita bahagia melalui hari-harinya tanpa teman istimewa. Menyentuh cerita peribadi, aktres berusia 38 tahun ini lantas diusik tentang perancangan perkahwinan.

Dengan riak muka selamba, pelakon filem 1957: Hati Malaya ini sempat tergelak sebelum membalas jawapan.

Katanya, dia sangat senang dan gembira dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Malah, soal sunyi atau tidak berteman sedikit pun tidak membebankan fikirannya.

Jauh sekali untuk memikirkan tentang perancangan perkahwinan, sekurang-kurangnya bukan di waktu terdekat.

"Saya tidak merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat. Malah, saya juga masih tiada teman istimewa jadi macam mana hendak kahwin pula.

"Walau bagaimanapun, saya gembira dengan kehidupan saya hari ini," ujar Kavita yang hanya dapat tidur antara lima ke enam jam sehari ekoran kepadatan jadual kerjanya.

Beralih kepada cerita kerjaya, aktres yang sibuk dengan komitmen barunya dalam bisnes fesyen itu sempat berkongsi tentang tugas pengacaraannya.

Terbaru, aktres jelita itu ditawarkan sebagai pengacara sebuah program berbentuk majalah Fesyenista untuk siaran RTM.

Program terbitan Pesona Pictures yang bakal bersiaran pada bulan Mei depan ini akan memaparkan panduan berfesyen, solekan dan teknik make over serta informasi berkaitan dunia fesyen.

Bersesuaian dengan transisi Kavita yang kini bergiat dalam bidang fesyen, dia dipertanggungjawabkan untuk menemubual pereka fesyen dan ikon fesyen tanah air tentang peredaran fesyen semasa.

"Saya sedang mengacarakan sebuah program berjudul Fesyenista. Umumnya, program itu berkisar tentang dunia fesyen.

"Setiap episod akan memaparkan teknik make over, tips kecantikan dan solekan serta visual di sebalik tabir pertunjukan fesyen terpilih.

"Selain itu, saya juga akan menemubual ikon fesyen dan pereka fesyen terkenal tanah air bagi mendapatkan pandangan mereka dan bertukar idea tentang perkembangan dunia fesyen hari ini," cerita Kavita.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan