Ida Telah Kembali Dari India - Peguam

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ida Nerina. - Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Ida Nerina. - Foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina Hussain telah pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan tulang belakang di India.

Pelakon filem 'Susuk' dan 'Anak' itu sebelum ini pernah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Peguamnya, Akbarden Abdul Kader ketika ditemui selepas perbicaraan kes cerai Ida dengan suaminya, Sha'arin Mohd Razali di Mahkamah hari ini berkata, Ida bagaimanapun masih belum boleh berjalan lagi walaupun kesihatannya beransur pulih.

"Dia telah kembali ke tanah air. Sekarang dia sedang mendapatkan rawatan di sini. Saya akan jumpa dia pada hujung minggu ini. Dia kata akan datang ke mahkamah pada minggu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ida tidak hadir ke mahkamah hari ini sementara Sha'arin yang hadir dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu isterinya pernah mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.

Bagaimanapun, Ida dalam perbicaraan terdahulu mendakwa dia tidak mendengar lafaz tersebut dibuat.

Dalam pada itu, Ida, 45, mengalami kecederaan tulang belakang selepas dilaporkan terjatuh ketika menaiki tangga di kediamannya di Persiaran Syed Putra, 21 Jun tahun lalu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England dan Sha'arin berkahwin pada 2 Jun 2006 dan ia merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan itu tidak mempunyai anak tetapi Sha'arin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, melalui perkahwinan pertamanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan