Hanya Katrina Kaif Layak Bintangi Filem 'Tees Maar Khan'

Diterbitkan: Selasa, 13 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katrina Kaif. - Foto AFP
Katrina Kaif. - Foto AFP

SAH! Bintang Bollywood, Katrina Kaif ialah satu-satunya pilihan pengarah filem 'Tees Maar Khan'.

Pengarah, Farah Khan berkata: "Selepas berjumpa dengan Katrina, kami tahu telah menjumpai aktres popular untuk filem 'Tees Maar Khan. Dia begitu jelita dan berbakat besar.

"Dia pasti sesuai membawa watak itu. Daripada semua aktres terkemuka di Bollywood, satu-satunya yang kami pilih ialah Katrina (untuk membawa watak itu)," katanya.

Dengan itu, Farah meminta spekulasi siapa yang layak memegang watak utama filem itu diberhentikan.

Ini kerana Katrina ialah satu-satunya yang layak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan