Aril Ingin Jadi 'Lebih Besar' Daripada Rain

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA bercakap tentang bintang Pop sensasi Korea, Rain, bayangan figura sensasi itu begitu dekat dengan imej dan penampilan anak muda kelahiran program realiti Akademi Fantasia 7, Aril.

Menyedari kecenderungan dan keterujaan anak muda itu dengan fesyen dan imej yang berpaksikan Jepun dan Korea, Aril lantas diajak bercerita mengenai fesyen dan pesona Rain di matanya.

Aril yang sinonim dengan 'kenakalan' dan sikap tidak seriusnya itu sempat tergelak besar apabila diminta untuk bercerita tentang persamaannya dengan penghibur kelahiran Seoul, Korea Selatan itu.

Realitinya, dia memang mengagumi aura dan pesona yang dimiliki oleh Rain. Sebagai orang baru, Aril selalu menanam impian untuk berjaya dalam bidang seni dan membina nama sebesar Rain.

"Memang saya selalu berangan ingin jadi seperti Rain. Malah, saya ingin mengecap populariti dan kejayaan yang 'lebih besar' daripadanya.

"Imej dan pesona yang ditampilkan olehnya bukan sahaja terbina dalam tempoh yang singkat, malah memberi impak kepada perkembangan muzik sejagat.

"Saya ingin berjaya dalam bidang seni ini seperti Rain. Perubahan muzik dan dunia hiburan hari ini menuntut seorang penghibur itu untuk tampil dengan pakej lengkap yang merangkumi lagu, imej dan aura yang hebat untuk berjaya," katanya.

Tambah Aril, personaliti dan penampilan jejaka Korea itu memukau bukan sahaja dalam lingkungan kelompok peminat di rantau ini, malah menjangkaui ke peringkat antarabangsa.

Malah, Aril menyifatkan Rain sebagai antara penghibur Asia yang paling menonjol di persada seni antarabangsa.

"Bagi saya, Rain adalah 'suara' penghibur dari Asia yang membanggakan. Aura dan pesona yang dimiliki oleh penghibur itu layak dijadikan panduan oleh orang baru yang berimej sepertinya.

"Jika di Amerika Syarikat, kita telah menyaksikan penghibur seperti Usher yang tampil dengan pakej lengkap termasuk lagu-lagu yang hebat, imej dan pesona yang menarik.

"Begitu juga dengan benua Asia, kita ada Rain yang begitu menonjol bukan sahaja di rantau ini malah di pentas antarabangsa," ujar Aril yang kini ligat mengacarakan program Trek Selebriti.

Namun, tegas Aril apa jua imej dan fesyen yang ditampilkan olehnya adalah ekspresi dirinya terhadap fesyen. Mungkin secara kebetulan saja ketaksubannya dengan imej ala J-Pop itu telah disamakan dengan imej Rain.

Ketika diusik tidakkah dia teringin untuk memiliki susuk tubuh yang sasa dan seksi seperti Rain, Aril berkata, bukan dia tidak teringin untuk membentuk badan seperti bintang berusia 27 tahun itu, namun keterbatasan waktu untuknya berlatih di gimnasium sedikit membantutkan hasratnya itu buat masa ini.

"Saya sedar dalam perkembangan dunia hiburan hari ini, peminat bukan lagi menilai seseorang penghibur itu dengan karya seni yang mereka persembahkan semata-mata.

"Sebaliknya peminat hari ini mahukan lebih daripada artis kesayangan mereka. Peminat mahukan artis pujaan mereka untuk kelihatan lengkap dan sempurna di mata mereka.

"Menyedari situasi ini, saya juga berhasrat untuk melengkapi kriteria itu. Cuma memandangkan saya masih baru dan banyak peluang kerja yang perlu saya utamakan, jadi saya masih tak sempat untuk ke gim bagi membentuk badan," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan