Angel Hadiah Hannah Kepada Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 12 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA tak pernah menangis seteruk ini walaupun apabila ditinggalkan teman lelaki!" kata Hannah Tan yang sedang berhempas-pulas membuktikan potensinya sebagai penghibur serba boleh di Tokyo, Jepun.

Namun setiap hari penyanyi, pelakon, penulis blog dan usahawan ini mengingatkan dirinya tentang peluang keemasan yang telah dianugerahkan untuk menembusi industri hiburan di Negara Matahari Terbit yang amat mencabar, dinamik dan agresif.

"Saya menerapkan dalam hati bahawa saya membawa harapan dan impian generasi muda agar mereka berani, berusaha tingkatkan bakat masing-masing dan mengharumkan nama negara di mata dunia," ujar Hannah.

Bagi penyanyi dan penulis lagu ini, penghijrahannya ke Jepun merupakan hasil usaha dan sokongan padu rakan-rakan meski pun jauh justeru dia merasakan perlu memberi suatu yang istimewa sebagai tanda penghargaan kepada para peminat di Malaysia.

Hannah, 28, berkata, sementara menunggu kemunculan single berbahasa Jepun September depan, dia menghasilkan sendiri single tempatan bertajuk Angel yang mula diedarkan di Malaysia mulai Februari lalu.

Cakera padat tersebut ditawarkan pada harga istimewa RM9.90 (harga asal RM15) secara eksklusif di 40 cawangan Starbucks seluruh negara sehingga 30 April ini.

Menariknya, 20 peratus daripada hasil jualan bersih single berkenaan sepanjang tempoh itu akan disumbangkan kepada Good Samaritan Home di Klang, tajaan Starbucks dan Hannah sendiri.

Tiga buah lagu dalam cakera padat itu termasuk versi asal Angel, muzik dan lirik oleh Hannah yang juga menyerlahkan bakatnya bermain keyboard.

Selain itu, percubaan sulung Hannah mempersembahkan lagu Melayu bertajuk Indah dengan lirik ditulis oleh Pot Amir Innuendo dan iringan gitar oleh Sham Kamikaze.

Manakala trek terakhir, remix Angel menampilkan duet Hannah bersama Reymee Hussein (Innuendo) yang juga Penerbit, Penerbit Vokal dan Pengatur Vokal bagi keseluruhan single tersebut.

"Selain seorang pemuzik dan pencipta lagu R&B terhebat, Reymee juga sahabat baik saya sejak 10 tahun lalu.

Disebabkan disiplin beliau dan keyakinan saya terhadap kekuatannya dalam lagu-lagu genre tersebut membuatkan saya tidak terfikir langsung tentang penerbit lain," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan single Angel di Starbucks Coffee Tropicana City Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada masa sama, Hannah mengumumkan siaran sembang secara langsung (live video chat) bersama saudara, sahabat-handai dan para peminat di Malaysia menerusi Skype bermula 24 April ini di Starbucks Telawi 3, Bangsar Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai "Family Hour", Hannah akan bersiaran secara langsung dari pangsapurinya di Jepun untuk bersembang dengan rakan-rakan di tanah air selama satu jam, sebanyak dua kali sebulan di lokasi yang sama.

Ia merupakan kesinambungan usaha beliau untuk berhubung dengan para peminat yang dianggap Hannah sebagai keluarga dalam talian (Online Family) dengan sesi sembang secara langsung melalui laman web www.hannahtan.com, bermula sejak akhir 2008.

"Disebabkan jadual padat saya di Jepun dan komitmen pada kontrak dua tahun dengan Fillmore Far East Inc,, saya hanya berpeluang pulang ke Kuala Lumpur tiga atau empat kali setahun.

"Memang sukar berjauhan dengan keluarga tapi saya bersyukur kerana pada zaman teknologi ini saya dapat berhubung dengan mereka yang cukup signifikan terhadap saya di Malaysia meskipun terpisah jauh," jelasnya.

Sekiranya ingin bersembang dengan Hannah secara langsung dari Tokyo, anda dijemput memeriahkan lagi acara tersebut bermula 4 petang pada 24 April ini, di Starbucks Coffee, Jalan Telawi 3, Bangar Kuala Lumpur.

Di samping itu, ketiga-tiga lagu yang dimuatkan dalam single Angel boleh dimuat turun ke telefon bimbit melalui penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.

Maklumat lanjut mengenai single tersebut dan kandungan telefon bimbit boleh didapati menerusi laman web www.hannahtan.com.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan