Elizabeth Taylor Bertunang Buat Kali Kesembilan

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto bertarikh 25 Januari 1993 ini menunjukkan aktres Elizabeth Taylor (kiri) dan penyanyi Michael Jackson memegang salah satu anugerah yang dimenangi Raja Pop itu di Anugerah Musik Amerika, Los Angeles. - Foto AFP
Foto bertarikh 25 Januari 1993 ini menunjukkan aktres Elizabeth Taylor (kiri) dan penyanyi Michael Jackson memegang salah satu anugerah yang dimenangi Raja Pop itu di Anugerah Musik Amerika, Los Angeles. - Foto AFP

AKTRES Elizabeth Taylor, 78, dilaporkan bertunang dengan Jason Winters, 49, dari Sterling Winters Management.

Jika hajatnya berkahwin termakbul, perkahwinan tersebut bakal merupakan kali kesembilan.

Winters mempunyai pelanggan terkenal seperti Janet Jackson, kakak kepada mendiang Raja Pop Michael Jackson.

"Ia bukan lagi menjadi rahsia mereka berpacaran," menurut sumber.

Sumber itu menambah: "Tidaklah mengejutkan jika mereka bertunang. Sekarang mereka belum menghebohkan perhubungan cinta mereka kepada orang ramai."

Pasangan itu dikesan melancong di Hawaii, tiga tahun lalu. Dan selepas itu, mereka juga berjalan bersama di atas permaidani merah.

Terdahulu, Taylor menyifatkan Winters sebagai 'salah seorang lelaki paling hebat yang pernah ditemuinya'.

Justeru, aktres veteran itu amat menyayanginya.

Taylor bercerai dengan suami terakhir, Larry Fortensky yang merupakan seorang pekerja binaan pada tahun 1996 selepas lima tahun berkahwin.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan