Aizat Tidak Keseorangan Lagi

Diterbitkan: Ahad, 11 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aizat bersama anggota bandnya yang lain ketika rakaman Muzik Muzik 25 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini. - Foto oleh KAMARUL ARIFFIN
Aizat bersama anggota bandnya yang lain ketika rakaman Muzik Muzik 25 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini. - Foto oleh KAMARUL ARIFFIN

JIKA dulu, Aizat selalu membuat persembahan seorang diri di pentas dan menggunakan iringan muzik minus one, kini dia tidak keseorangan lagi kerana ditemani tiga anggota band yang lain.

Empat anak muda itu menggelarkan diri mereka sebagai Aizat & The Band. Selain Aizat, band yang ditubuhkan pada awal tahun lalu itu diterajui oleh Ruvi sebagai pemain drum, Mizi (gitar elektrik utama) dan abangnya, Anas (bass).

Biarpun Aizat telah menubuhkan band tersebut tidak bermakna dia akan tampil sebagai sebuah band sebaliknya mengekalkan jenama Aizat yang dikenali sebagai penyanyi solo.

“Saya menubuhkan band ini untuk membantu saya ketika membuat persembahan di pentas. Bukan sahaja sama-sama membuat persembahan, saya juga merakamkan lagu bersama-sama mereka di studio,” kata Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan kepada mStar Online.

Bukan mudah untuk Aizat membina nama dalam industri seni ini. Bermula dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia, nama Aizat semakin dikenali.

Selepas menghasilkan album pertamanya, lagu-lagu Aizat seperti Hanya Kau Mampu, Lagu Kita, Pergi dan Kau Aku semakin mendapat tempat di kalangan penggemar muzik tanah air.

Lebih meyakinkan, lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan liriknya oleh Amran Omar telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-24 baru-baru ini. Selain itu, dia turut memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku dalam pertandingan itu.

Populariti Aizat sebagai anak seni semakin memuncak. Buat pertama kalinya, dia meraih gelaran Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2009 sekali gus berjaya mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi yang memenanginya selama empat kali berturut-turut sejak 2005.

Satu persatu kejayaan ditempa oleh pemuda berusia 21 tahun itu. Walaupun sudah berada di kemuncak, Aizat tidak akan terus selesa dengan kedudukannya itu. Mana tahu mungkin dia akan bergerak dengan band pula suatu masa nanti.

“Saya suka bekerja dengan anggota band itu yang begitu cinta dan serius dalam bidang muzik ini.

“Kalau ada rezeki, saya nak tubuhkan band sendiri,” katanya yang sedang dalam proses menerbitkan album keduanya pada Mei ini.

Album yang masih belum diketahui judulnya itu memuatkan 10 buah lagu seperti Susun Silang Kata dan Mana Oh Mana.

“Album ini diterbitkan 100 peratus oleh saya sendiri dengan bantuan ahli keluarga dan 100 peratus dibuat di Malaysia.

“Saya dan abang saya, Muhammad Anas bertindak sebagai komposer dalam album ini. Kami menghasilkan album ini sejak dua tahun lalu,” beritahunya.

Selain itu, Aizat turut akan memuatkan lagu Kau Aku yang dirakam semula untuk album itu atas permintaan peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Aizat akan terlibat dengan persembahan sempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei ini di Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan