Radhi OAG Akui Kini Bebas Dadah

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon yang terkenal dengan sikap 'rockstar' dan perangai hiperaktif, Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali benar-benar mengejutkan mStar Online apabila membuat pengakuan bahawa dirinya kini bebas dadah.

Menurut Radhi yang ditemui di majlis pelancaran kempen Kami Prihatin baru-baru ini, dia bersedia untuk bercerita kepada umum tentang tabiat pengambilan dadah yang sudah sebati dengannya sejak umur belasan tahun.

"Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah.

"Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.

"Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini.

"Selepas ini, saya akan mewakili mereka untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat demi manfaat bersama," katanya.

Bercerita tentang dirinya yang kini bebas dadah, Radhi mengakui kematangan diri dan pelbagai ujian yang melanda hidupnya lewat ini telah menyedarkan penyanyi lagu Generasiku itu untuk membuang jauh-jauh amalan tidak sihat itu.

"Sudah terlalu lama saya terlibat dengan pengambilan dadah, malah sejak umur 15 tahun lagi. Segala macam jenis dadah pernah saya cuba.

"Umur saya pun sudah mencecah 33 tahun dan sudah tiba masanya untuk saya berhenti daripada tabiat buruk ini sebelum terlambat.

"Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang menyedarkan saya untuk berubah. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang berkecamuk dan perkembangan karier yang agak goyah benar-benar membuka mata saya.

"Namun, saya bersyukur kerana Tuhan masih beri peluang kepada saya. Saya rasa sangat bersalah melihatkan anak lelaki saya terus membesar dengan keadaan saya yang tidak stabil begini.

"Jadi, faktor-faktor itu yang menyentuh hati saya untuk berubah. Apa pun, saya juga harus berterima kasih kepada rakan-rakan di Karyawan yang membantu merealisasikan hasrat murni ini," akui pelakon filem Antoo Fighter ini.

Sebelum mengakhiri perbualan, Radhi sempat berjanji akan mengadakan sidang media rasmi bagi mengumumkan berita baik itu kepada khalayak dalam sedikit masa lagi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan