'Jia Ma' Deejay Melayu Stesen Radio Cina, 988

Diterbitkan: Sabtu, 10 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DJ Jamaluddin Ibrahim. - Foto THE STAR oleh ONG SOON HIN
DJ Jamaluddin Ibrahim. - Foto THE STAR oleh ONG SOON HIN

BERBANGSA Melayu tidak menghalang DJ Jamaluddin Ibrahim mengulas berita semasa dalam rancangan 'Say Hi to Malaysia' terbitan stesen radio 988.

Dia begitu fasih berbahasa Mandarin seperti orang Cina bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bagi pendengar baru rancangan popular pada sebelah pagi itu, mereka mungkin berasa DJ yang pandai berkata-kata itu orang Cina.

"Sesiapa pun boleh melakukannya jika ada peluang dan mendapat latihan secukupnya," katanya kepada mStar Online.

Jamaluddin bekerja separuh masa sebagai DJ di stesen radio bahasa Cina dari 8 hingga 10 pagi dari Isnin hingga Jumaat.

Temannya di konti ialah Koh Kok Wee, bekas Timbalan Editor Berita Nanyang Siang Pau.

Pada bulan Mei ini, genaplah setahun dia berkhidmat di stesen kegemaran ramai itu. Para pendengar 988 sudah menggelarnya 'Jia Ma'.

Walaupun sudah mencipta nama di kalangan pendengar 988, Jamaluddin lebih banyak menghabiskan masa dalam perniagaan perundingan kebudayaan, pendidikan serta pengurusan perniagaan.

Buat masa ini, katanya, dia sibuk memberikan ceramah dan seminar di Ipoh, Penang dan Johor.

Dia turut menulis buku serta menyumbangkan artikel yang mengandungi ideanya di suratkhabar bahasa Cina.

Kefasihannya berbahasa Cina dapat dikesan menerusi latar belakang Jamaluddin sendiri. Dia dilahirkan di Beijing dan menghabiskan masa 32 tahun di China.

Ibu bapanya ialah pejuang kebebasan Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Mohammed yang hidup dalam buangan selama 40 tahun di China kerana pernah memimpin Parti Komunis Malaya.

Biarpun hanya kembali ke negara ini pada tahun 1994, Jamaluddin mengikuti perkembangan politik yang berlaku di negara ini sejak dulu lagi.

"Saya banyak membaca surat khabar, majalah serta melayari Internet untuk mengikuti perkembangan semasa," ujarnya yang berkelulusan Universiti Beijing.

Pengetahuan luasnya jelas terserlah semasa Jamaluddin menjadi hos rancangan bicara serta pengulas berita. Setakat ini, dia telah muncul dalam program bicara di saluran NTV7, TV8 dan ASTRO.

Sementara itu, Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya menguasai lebih banyak bahasa kerana ini dapat membantu mereka mengembangkan kerjaya dalam pelbagai bidang malah di luar negara.

"Saya hairan kenapa ramai pelajar bukan Cina berhenti meneruskan pembelajaran dalam bahasa Cina apabila memasuki sekolah menengah.

"Mereka boleh belajar sampai ke peringkat universiti di China dan Taiwan. Dengan menguasai Bahasa Cina selain bahasa ibunda masing-masing, mereka boleh menceburi pelbagai bidang di dalam dan luar negara," katanya.

Bagi Jamaluddin, penguasaan apa-apa bahasa sekali selain bahasa ibunda masing-masing seperti bahasa Arab, India dan Cina telah memberinya peluang menjadi DJ hari ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan