Miley: Selamat Tinggal Dunia Muzik

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAH! Miley Cyrus atau lebih dikenali dalam dunia remaja sebagai Hannah Montana mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan dunia muzik.

Kata Miley, album yang akan dikeluarkan Jun nanti adalah albumnya yang terakhir. Selepas itu dia akan meninggalkan dunia muzik untuk selama-lamanya.

Miley berkata, dia membuat keputusan itu demi untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia lakonan.

Ketika ditemui pada majlis permaidani merah sempena pelancaran filem terbarunya berjudul “The Last Song”, aktres berusia 18 tahun itu berkata: “Saya mempunyai satu lagi kontrak untuk menghasilkan rekod pada Jun ini dan selepas itu urusan saya dengan dunia muzik selesai... saya hanya hendak menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia lakonan selepas ini.”

Tambah Miley, minatnya terhadap bidang lakonan semakin membuak dan itulah yang ingin diberikan perhatian sekarang.

Bagaimanakah reaksi para peminat fanatik Hannah Montana selepas ini?

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan