Jelajah Promosi AIM17 Tambah Bahang Malam Kemuncak

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaclyn Victor
Jaclyn Victor

KEHANGATAN Anugerah Industri Muzik makin terasa dengan bermulanya jelajah promosi AIM17 pada 3 April lalu. Datuk Siti Nurhaliza, Aizat, Altimet, Colab8 dan Ruffedge telah menggegarkan Amphitheatre Wangsa Walk, Wangsa Maju dengan persembahan mantap lagi bertenaga di samping aktiviti-aktiviti pentas yang menarik.

Penggemar-penggemar muzik tanahair di Johor, Kedah dan Melaka tidak akan ketinggalan merasai bahang AIM17 kerana artis-artis kesayangan mereka akan menjelajah ke tiga negeri ini pada tiga hujung minggu akan datang untuk menghiburkan para peminat.

Nantikan kemunculan Superman Malaysia – Faizal Tahir, Tomok, Riz, Hazami dan Meet Uncle Hussain Feat. Black di Kompleks Pasir Gudang, Johor pada Ahad ini, 11 April bermula jam 2 hingga 5 petang.

Pengacara dari Stesen Radio Rasmi, Fly FM dan Hot FM akan menambah kemeriahan suasana dan mengajak peminat menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama artis kesayangan mereka di atas pentas dan berpeluang memenangi baju-T AIM17 serta beg hadiah daripada Stesen Penyiar Rasmi AIM17, ntv7. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan autograf artis-artis yang hadir.

Minggu seterusnya pada hari Sabtu, 17 April, Faizal Tahir, Riz dan Altimet akan bertemu peminat sekali lagi di Village Mall, Sg. Petani dan kali ini SevenCollar T-Shirt, Vince serta Azlan & The Typewriter akan menyertai mereka.

Akhir sekali pada hari Ahad, 25 April, Jaclyn Victor, Colab8, Hafiz AF7, Prema Yin dan SevenCollar T-Shirt akan menggegarkan Dataran Pahlawan Melaka dengan persembahan vokal yang mantap dan sudah pasti memukau penonton.

Bagi penyokong-penyokong muzik tempatan, jangan ketinggalan turut serta merasai bahang Anugerah Industri Muzik melalui rangkaian jelajah promosi AIM17 yang kini hangat berlangsung di serata negara!

Saluran Ceria Anda, ntv7 adalah Stesen Penyiar Rasmi AIM17 untuk kali yang ke-11 pada tahun ini. Selain mengambil bahagian dalam rangkaian jelajah promosi AIM17, ntv7 turut menyiarkan Prelude AIM17 bermula Khamis ini, 8 April pada pukul 8:30 malam untuk empat minggu berturut-turut menjelang malam anugerah nanti. Program ini dihoskan Yasmin Hani dan setiap episod memberi tribute kepada empat artis terkenal yang paling banyak meraih trofi dalam sejarah AIM iaitu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza; komposer dan penyanyi berkaliber dikenali sebagai ‘Sifu’ M.Nasir; Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid dan pelopor muzik rock, Amy & Search.

ntv7 akan turut membawakan siaran langsung “Live From the Red Carpet” pada 2 Mei, jam 8:30 malam sebelum upacara AIM17 – Kemuncak Segala-galanya bermula pada jam 9:00 malam, juga dibawakan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan