Benjy Failkan Habeas Corpus

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amer Hamzah Arshad (kanan) peguam kepada dramatis terkenal Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy menfailkan writ habeas corpus di kaunter Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama ibu kepada Benjy, aktres Azean Irdawaty (belakang). Amer Hamzah memfailkan writ habeas corpus itu bertujuan mendapatkan deklarasi mengenai penahanan dan penangkapan anak guamnya oleh polis sebagai tidak sah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam.

Writ itu difailkan pada pukul 12.15 tengah hari semalam oleh peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad.

Ibunya, Azean Irdawaty dan suami, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi serta dua adik perempuannya turut hadir.

Mereka membuat permohonan itu bagi menuntut Benjy dibebas dengan segera ekoran dakwaan ditahan secara salah.

Benjy kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil di bawah Seksyen 3(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952 yang memperuntukkan dia ditahan tidak melebihi 60 hari.

Dalam pada itu, Majistret Hafizza Sauni menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Benjy sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 25 Mac lalu, anak lelaki tunggal Azean itu ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret berhubung kes dadah tersebut.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja ibunya selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan