Sam 'Pecah Kepala' Dengan 'Adnan Sempit'

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAHEIZY SAM
SHAHEIZY SAM

CABARAN untuk berlakon dalam drama Adnan Sempit The Series lebih dirasai oleh heronya, Shaheizy Sam yang memainkan watak Adnan dalam filem tersebut yang ditayangkan di pawagam pada Januari lalu.

Dia perlu menjaga kualiti yang sama atau lebih berbanding yang ditampilkan dalam filem itu.

Hampir 'pecah kepala' dibuatnya apabila berlakon dalam drama arahan Ismail Bob Hasim. Itulah gambaran awal Sam ketika menjalani penggambaran drama itu di Kampung Baru baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya mendapat bantuan daripada Abang Bob untuk melakonkan setiap babak. Sebelum itu, saya ada juga mengambil rujukan berdasarkan reaksi penonton ketika menonton filem Adnan Sempit.

“Saya akan melebihkan lakonan mengikut bahagian yang penonton suka. Misalnya, mereka terhibur semasa saya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan penuh yakin dan mahu memikat wanita,” katanya.

Walaupun begitu, dia lebih gemar mempraktikkan lawak situasi .

Namun, dia agak kecewa apabila tidak mampu melakonkan aksi lagak ngeri sendiri sebaliknya terpaksa menyerahkan tugas itu kepada pelakon lagak ngeri.

Bercerita tentang gandingannya bersama pelakon baru yang menggantikan pelakon asal seperti Azad Jazmin dan Puteri Mardiana, Sam akui dia selesa selain tidak tertekan.

Malah dia juga tidak pernah mengambil kisah sama ada pelakon lain lebih menonjol daripadanya atau sebaliknya.

“Semuanya bekerja dengan ikhlas, jadi tiada istilah siapa hebat dan siapa tidak. Saya rasa semuanya memainkan peranan yang penting dalam drama ini,” jelasnya yang belum bersedia untuk bergelar seorang pengarah.

Katanya, dia tidak akan mengarah selagi ilmu lakonan belum penuh di dada.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan