Robert Pattinson 'Berhujan' Demi 'Bel Ami'

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROBERT PATTINSON
ROBERT PATTINSON

PAGI yang cerah di salah satu sudut kota Budapest, Hungary dibasahi dengan hujan. Bukan kerana perubahan cuaca, sebaliknya kerana aktor berasal dari Britain, Robert Pattinson sedang melakukan penggambaran filem Bel Ami.

Menurut Aceshowbiz semalam, pasukan produksi membuat hujan buatan di lokasi penggambaran Bel Ami melibatkan pelakon utamanya, Robert yang berpakaian rasmi lengkap dengan topi tinggi dan payungnya berjalan meredah hujan.

Filem arahan sutradara Declan Donnellan dan Nick Ormerod itu memang dihasilkan berlatar belakang beberapa kota di Eropah. Sebelum ke Hungary, mereka sempat melakukan beberapa penggambaran di Perancis dan Britain.

Bel Ami merupakan filem yang diadaptasi dari novel karya Guy de Maupassant. Filem tersebut berkisarkan Georges Duroy lakonan Robert, seorang lelaki yang berkuasa kerana pandai memanipulasi wanita.

Dalam filem tersebut, bintang filem Twilight itu berlakon di samping aktres Uma Thurman. Sementara Christina Ricci dan Kristin Scott Thomas sebagai pelakon pembantu. Mengikut perancangan, filem Bel Ami akan ditayangkan pada tahun depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan