Nicholas Cage Tampil Rambut Perang Muda, Paras Bahu

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicholas Cage tiba di tayangan perdana filem berjudul
Nicholas Cage tiba di tayangan perdana filem berjudul "Bad Lieutenant: Port of Call New Orleans" di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 15 September 2009. - Foto AP

AKTOR filem 'Face Off', Nicholas Cage, 46, tampil dengan rambut perang muda pada paras bahu dalam filem terbarunya, 'Drive Angry'.

Menurut laporan media, Nicholas mendedahkan rambut baru itu semasa mempromosikan filem terbarunya, 'The Sorcerer's Apprentice' di WonderCon, San Francisco.

"Saya sedang membuat filem berjudul 'Drive Angry'. Untuk mengetengahkan asal-usul Celtic, saya mewarnakan rambut menjadi perang muda," jelasnya.

Sementara itu, Nicholas dikhabarkan mempunyai hutang berjumlah US$360,545.84.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan