Nanu Puji Cara Kerja Fasha

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nanu memegang watak Qistina dalam siri terbaru Spa Qistina di ABO Tayangan Hebat (saluran 953) sepanjang April ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Nanu memegang watak Qistina dalam siri terbaru Spa Qistina di ABO Tayangan Hebat (saluran 953) sepanjang April ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

BEKERJA di bawah satu bumbung produksi Global Station Sdn Bhd memberikan satu makna buat pelakon berbakat Nanu Baharuddin yang memegang watak Qistina dalam drama bersiri Spa Qistina.

Drama yang mula disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (ABO) (saluran 953) semalam, 5 April, pukul 9 malam itu turut membariskan pelakon cantik Fasha Sandha.

Bercerita tentang kerja, Nanu memuji dan menghormati rakan sepasukannya, Fasha yang melakonkan watak Frieda.

“Fasha seorang yang berdisiplin dengan tatatertib kerjanya. Jadi sebagai pelakon lebih muda daripada saya, saya amat menghormatinya,” kata Nanu dalam satu temubual di ibu kota baru-baru ini.

Sebagai pelakon senior, dia akui disiplin amat penting dalam hidupnya. Walaupun berbagai masalah yang berlaku dalam produksi, Nanu tetap menghadapi setiap keadaan itu dengan tenang.

Bayangkan, dia perlu mengulang semula lakonan sebanyak 70 babak apabila produksi bertukar pengarah.

Bukan sahaja dari segi disiplin, Nanu turut menganggap watak lakonan Fasha turut menjadi tarikan dalam drama itu. Jadi, tidak mustahil penonton akan membandingkan watak Frieda, pelacur kelas atasan lebih menonjol berbanding wataknya.

Malah dia juga enggan dibanding-bandingkan dengan pelakon asal drama Spa Q dan Spa Q 2 iaitu Norish Karman (NK).

“Saya tiada hak untuk mengatakan sama ada lakonan saya lebih baik daripada NK. Apa yang saya boleh katakan, perbezaan antara watak Qistina sebelum ini dengan yang kali ini adalah dia lebih banyak tabah dan tegas,” beritahu Nanu lagi.

Kisah Spa Qistina akan dimulakan dengan perkahwinan Dafi (Fazren Dafi) dan Maya (Tiz Zaqyah), perkahwinan yang berasaskan cinta dan penuh dengan kebahagiaan.

Sementara perkahwinan Qistina (Nanu Baharudin) dan Fahmi (Ijoy) yang telah berusia dua tahun pula telah mula menghadapi tekanan.

Rata-rata masalah mereka adalah disebabkan jurang usia 15 tahun di antara mereka, yang membuatkan mereka sering tidak sehaluan di dalam melayari bahtera perkahwinan.

Manakala Sofira (Jasmin Hamid) yang merengkuk di penjara pula telah menerima kunjungan Frieda (Fasha Sandha), anak didiknya yang langsung tidak disangkanya akan mencarinya di penjara.

Buat pertama kalinya, kumpulan Hujan akan turut membuat penampilan khas dalam drama bersiri ini.

Spa Qistina boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan.

Para pelanggan yang melanggan kepada pakej sepanjang April ini juga boleh menonton filem-filem terbaik dan muzik tempatan paling hebat seperti My Spy, Paa, Tum Mile, Blood, Detention, London Dreams, Dance Subaru dan Rockumentary Konsert Mencari Konklusi dari kumpulan Hujan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan