Bunga Cinta Noh-Nina Sedang Mekar

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina dan Noh ditemui datang berduaan padaq resepsi perkahwinan aktres Datin Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 28 Mac lalu di Hotel One World, Petaling Jaya. - Foto oleh RICKY LAI
Mizz Nina dan Noh ditemui datang berduaan padaq resepsi perkahwinan aktres Datin Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 28 Mac lalu di Hotel One World, Petaling Jaya. - Foto oleh RICKY LAI

BERMULA semalam, Noh dan geng Hujan yang lain berada di Melbourne, Australia untuk menjayakan persembahan sempena meraikan pesta musim luruh di sana.

Selain Hujan, band indie The Pilgrims, penyanyi wanita indie Liyana Fizi dan DJ Bo Amir Iqram turut berkampung di pesta tersebut.

“Kami memenuhi jemputan untuk menghiburkan peminat Malaysia di sana. Saya pasti persembahan itu memberikan suatu impak yang berlainan berbanding persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rakaman Muzik Muzik 25 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.

Hujan tercalon sekali lagi dalam Muzik Muzik dengan mempertaruhkan lagu hits mereka iaitu Kau Harus Ada.

Pada 12 hingga 22 Februari lalu, Hujan diundang menjayakan persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool.

Noh, 25, seronok bercerita tentang kenangan manis sewaktu berada di sana. Bukan sahaja menghabiskan masa untuk membeli-belah, malah ramai peminat yang turut mengikuti ke mana sahaja mereka pergi.

Dalam rancak bercerita, dia tidak lari daripada diajukan persoalan cinta. Terbaru, vokalis Hujan itu khabarnya sedang seronok bercinta dengan penyanyi cantik dari kumpulan Teh Tarik Crew, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman, 30.

Pasangan ini juga ditemui datang berduaan pada resepsi perkahwinan aktres Datin Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 28 Mac lalu di Hotel One World, Petaling Jaya.

Noh pada mulanya sukar untuk berkongsi cerita itu kerana agak peribadi. Namun, dia memberitahu cinta mereka baru berputik sejak mula bekerjasama dengan Nina kira-kira empat bulan lalu.

“Saya terlibat dengan pembikinan lagu nyanyian Nina berjudul Kurnia yang baru sahaja diputarkan di stesen radio tempatan pada minggu lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, dia sibuk dengan rakaman album terbaru mereka selepas Hujan muncul dengan album Mencari Konklusi pada tahun lalu.

Album itu akan memuatkan 14 buah lagu seperti Kotak Hati dan Bila Bulan Bermain Biola yang lebih berkonsepkan balada.

Katanya, album itu akan dihasilkan lebih menyeluruh berbanding dua album terdahulu. Sementara lagu Kotak Hati merupakan lagu lama yang dirakamkan semula.

“Kami akan menggunakan string arrangement dan penulisan lagu yang mendayu-dayu seperti lagu cinta.

“Alhamdulillah, sehingga bulan puasa tahun ini saya akan sibuk dengan pelbagai aktiviti. Studio AG (Coco) juga penuh dengan rakaman lagu.

“Jadi, jadual saya padat dengan rakaman lagu dan travel. Hujan juga akan terlibat dengan sebuah konsert di Singapura nanti,” katanya yang turut mencipta lagu untuk single terbaru Ezlyn, Tic Tac Toe.

Setelah lapan tahun berkecimpung dalam industri seni ini, bakat Noh dalam bidang nyanyian dan menggubah lagu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Dalam tempoh mengecap populariti ini, Noh juga diundang berduet dengan Atilia menerusi lagu Oh Love.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan