Badrul Muhayat Akan Dihadap Ke Mahkamah Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Badrul Muhayat Ahmad Jailani memegang anaknya, Siti Nor Batrisya sambila diperhatikan isteriya, Julia Daud di Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur semalam. - Foto Ihsan UTUSAN
Badrul Muhayat Ahmad Jailani memegang anaknya, Siti Nor Batrisya sambila diperhatikan isteriya, Julia Daud di Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur semalam. - Foto Ihsan UTUSAN

PETALING JAYA: Aktor dan model Badrul Muhayat Ahmad Jailani akan didakwa atas tuduhan memukul dan mengugut isterinya pada 24 Mac lalu di Mahkamah Majistret Ampang pada pukul 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita akan mendakwanya mengikut laporan yang dibuat oleh isterinya, Julia Daud pada esok di mahkamah," katanya kepada mStar Online semalam.

Terdahulu, Badrul ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, tahanan reman itu dilanjutkan sehari lagi bagi melengkapkan siasatan.

Pelakon berusia 41 tahun itu ditahan polis di sebuah restoran di Taman Nirwana di Ampang sekitar pukul 11 malam 30 Mac lalu.

Pelakon yang terkenal melalui filem Harry Boy dan Riang Tirana pada tahun 1990-an itu gagal dikesan selepas didakwa memukul isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru minggu lalu.

Awal minggu ini, Julia menceritakan kejadian yang menimpa dirinya dan dianggap mimpi ngeri dalam perkahwinan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan