Muzik Muzik 25 Tampil Lebih Segar, Relevan

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Estranged mempertaruhkan lagu Masa dalam Muzik Muzik 25. - Foto oleh KAMARUL ARIFFIN
Estranged mempertaruhkan lagu Masa dalam Muzik Muzik 25. - Foto oleh KAMARUL ARIFFIN

MENJELANG tahun 2010, program hiburan Muzik Muzik menyambut ulangtahunnya ke-25. Popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program ini bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik.

Muncul dengan musim terbaru mulai 6 Mac lalu, Muzik Muzik 25 bukan sahaja memperkenalkan konsep ‘konsert’ untuk menampilkan artis dan lagu yang bertanding dalam episod mingguan, malah program ini juga mengambil langkah segar melalui pencalonan carta lagu yang terpilih.

Dua sesi rakaman bagi pencalonan lagu bulan April telah diadakan di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk siaran episod lima hingga lapan kemudian.

Rakaman pada 31 Mac lalu menampilkan barisan artis solo hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Alyah, Tomok, Hafiz, Adibah Noor, dan Jaclyn Victor.

Sementara band seperti Aizat & The Band, Hujan, Estranged, Tilu, Modread dan Awanband membuat persembahan di pentas studio Sri Pentas 2 pada 1 April lalu. Ramai penonton yang hadir memeriahkan sesi rakaman tersebut.

“Muzik Muzik bukan sekadar carta lagu popular. Program ini mengiktiraf karya lagu dari industri muzik tanah air dan bertindak sebagai pemangkin bagi pengkarya mengubah pelbagai genre lagu supaya industri sentiasa berkembang.

“Elemen baru sentiasa disuntik dalam musim baru supaya relevan dengan perkembangan industri muzik negara dan antarabangsa. Selepas kejayaan Anugerah Juara Lagu (AJL) 24, TV3 akan berusaha mempersembahkan pentas AJL tahun ini penuh dengan elemen yang mengejutkan,” kata Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.

Muzik Muzik kali ini juga memperkenalkan sistem pencalonan yang agak berbeza berbanding musim-musim sebelumnya di mana ia tidak lagi menggalakkan kaedah pencalonan melalui borang sebaliknya semua pencalonan lagu diambil kira berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan seperti Era, Hot FM, X-Fresh, KL FM dan Muzik FM.

“Kelima-lima stesen ini dirujuk kerana masing-masing mewakili demographics yang seimbang dan menekankan citarasa para pendengar yang gemarkan genre berlainan dan merangkumi semua peringkat umur,” ujar Nurul Aini lagi.

Satu lagi pembaharuan yang ketara untuk musim ini, para penonton tidak lagi perlu menghantar SMS untuk mengundi lagu yang disukai kerana mereka diberi pilihan untuk mengundi secara dalam talian.

Untuk mengundi, para penonton harus melayari laman web Muzik Muzik 25 iaitu www.tv3.com.my/ catch up tv mm25 dan kemudian membuat pilihan masing-masing seperti yang tertera dalam senarai.

Bagi memastikan penyertaan adalah adil dan tiada kepincangan dalam sistem pengundian, setiap individu hanya dibenarkan untuk mengundi sebanyak 20 kali bagi setiap lagu atau artis yang tersenarai.

Muzik Muzik 25 terbitan Gbam atau Ahmad Shaifullizam Arshad dari Primeworks Studios masih menampilkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai pengacara program.

Program ini bersiaran secara langsung dari studio B, Sri Pentas pada setiap Sabtu, pukul 5 petang. Mereka akan berkongsi perkembangan terkini dalam industri hiburan dan membincangkan topik tertentu bersama artis jemputan selain mengumumkan carta lagu terkini.

Sementara Adzriefaiz Adzlan (Faiz) mengendalikan konsert pencalonan lagu Muzik Muzik 25.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan